Harian Metro

Persiapan menuju negeri abadi

Apabila seseorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya

- Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Pada zaman digital ini, mungkin bicara persiapan mati dengan membeli kain kafan untuk dipakai sendiri pada hari kematian adalah perkara asing dan membicarak­an mati itu sendiri mungkin dianggap aneh.

Jika kita menoleh ke belakang iaitu pada 1950-an, nenek moyang kita mempunyai tradisi membeli kain kafan untuk diri mereka dan jika mereka tidak mati pada tahun berkenaan, mereka akan memberikan kain kafan tersebut untuk hadiah kegunaan orang lain.

Mereka akan membeli kain kafan yang baru sebagai persediaan untuk menghadapi kematian. Ketika itu mereka tidak mempunyai bekalan elektrik dan tidak ada peti televisyen. Hari-hari tua mereka dihiasi dengan banyak zikrullah dan kurang bercakap perkara lagho dan sia-sia.

Allah SWT berfirman: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhn­ya pada hari kiamat sajalah disempurna­kan pahala kalian.” (Surah Ali [Imran: 185), maka kita sebagai hamba-Nya wajib akur dengan ketentuan Allah SWT kerana mati itu adalah sebahagian daripada kehidupan.

Maka mahu tidak mahu, apabila Allah SWT sudah menentukan saat kematian kita, ia tidak akan dipercepat­kan atau ditangguhk­an walau sesaat, lantas sama ada kita sudah bersedia untuk menghadapi­nya atau tidak, maut akan tetap menjemput kita.

Banyak sudah ditulis mengenai kiamat yang menggerunk­an apabila malaikat Israfil meniup sangkakala, lantas apa persiapan kiamat kecil (mati) yang paling dekat kita sudah siapkan untuk menghadapi­nya.

Kematian itu adalah pasti dan semua manusia akan merasakann­ya. Proses tercabutny­a nyawa manusia akan diawali dengan detik mencemaska­n lagi menyakitka­n dan peristiwa tersebut dikenali sebagai sakaratul maut.

Hidup di dunia ini tidak selamanya dan akan datang masanya kita berpisah dengan seluruh isinya. Perpisahan itu terjadi saat kematian menjemput, tanpa ada seorang pun dapat menghindar­inya.

Kematian akan menyapa sesiapa pun, baik raja atau rakyat, soleh atau derhaka, seorang yang turun ke medan perang ataupun duduk diam di rumah, seorang yang mengingink­an negeri akhirat yang kekal ataupun ingin dunia yang fana, seorang yang ingin meraih kebaikan ataupun yang lalai dan bermalas-malasan.

Perkara yang dilakukan saat menziarahi seseorang yang sedang sakaratul maut ialah mentalkink­an, membimbing membaca kalimah tauhid. Saat berhadapan dengan orang yang sedang menghadapi kematian, kita diperintah­kan memimpinny­a membacakan kalimah tauhid La Ilaha Illallah iaitu tidak ada Tuhan selain Allah.

Semua orang mengharapk­an akhir hidup mereka mendapat kebaikan iaitu husnul khatimah. Dalam salah satu hadis Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang akhir ucapannya adalah kalimah La Ilaha Illallah, maka dia akan masuk syurga.” (HR Abu Dawud).

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda: “Bersegeral­ah di dalam mengurus jenazah, jika dia orang yang soleh maka bererti kebaikan yang akan kalian segerakan baginya dan jika tidak seperti itu maka bererti kejelikan yang segera kalian letakkan dari tanggungja­wab kalian.” (H.R. Bukhari dan Muslim).

Tidak pernah ada orang yang tahu saat kematianny­a. Sesiapa pun tidak dapat menduga bila kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang leka dan tiada persediaan saat kedatangan kematian.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong dan dikatakan kepadanya, siapakah yang dapat menyembuhk­an. Dan dia yakin bahawa sesungguhn­ya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dikembalik­an.” (Surah al-Qiyamah ayat 26-30).

Apakah persiapan kita apabila kematian datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya kematian itu datang? Lantas ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzah nanti.

Rasulullah SAW pernah menasihati umatnya sentiasa bertaubat kepada Allah SWT: “Sesungguhn­ya Allah SWT masih menerima taubat hamba-Nya sebelum rohnya sampai ke tenggoroka­n.” (HR at-Tirmidzi). Sabdanya lagi: “Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa.” (HR. Ibnu Majah).

Oleh kerama kematian itu datang dengan tiba-tiba tanpa amaran, janganlah kita selalu melambat-lambatkan solat. Bagi lelaki, berusahala­h solat berjemaah di masjid atau surau, justeru solat adalah amalan pertama dihisab di hari akhirat. Jika solat kita diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Ruh Mukmin yang beriman atau pun ruh syuhada akan tergantung di antara langit dan bumi kerana hutangnya yang belum diselesaik­an. Jangan bertangguh membayar hutang dan apabila kita mempunyai wang yang cukup, hendaklah dilangsaik­an hutang tersebut.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwaqafkan termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatk­an orang lain. Contohnya seseorang mewaqafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital atau masjid, apa yang kita waqafkan itu akan menjadi bekalan di akhirat.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Ilmu yang dapat dimanfaatk­an diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan kemudianny­a dimanfaatk­an orang lain. Pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalka­nnya. Ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat ilmu tersebut.

Anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahter­aan ibu bapanya sesudah meninggal dunia adalah rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah mati. Doa itu juga membawa kebaikan dan pahala besar kepada anak itu sendiri.

Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjaka­n solat. Begitu juga doa pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah Makkah kerana doanya sangat berkat dan mustajab.

Tidak ada manusia yang maksum dan sebagai manusia biasa, kita memang banyak dosa. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang orang lain maka pulangkanl­ah dan memohon maaf.

Sementara kematian belum menjemput, tambahlah amalan sebagai persiapan dan bekalan untuk perjalanan pulang kepada Allah yang merupakan matlamat terakhir kita di dunia ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia