Harian Metro

Jalinan tulus kali keempat

BSN sumbang RM80,000 taja program TKHM tahun ke-11

- Nor Akmar Samudin akmar@nstp.com.my

Bank Simpanan Nasional (BSN) menyumbang­kan RM80,000 bagi menaja program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) yang kini masuk tahun ke-11 penganjura­nnya.

Replika cek tajaan itu disampaika­n Naib Presiden Komunikasi Strategik Hal Ehwal Korporat BSN, Arida Ariffin kepada Pengarang Eksekutif Projek Khas NSTP selaku Pengerusi TKHM, Othman Mamat, di Balai Berita di sini, semalam.

Menurut Othman, ini kali keempat BSN berkolabor­asi dengan Harian Metro mengadakan program amal selepas berbuat demikian pada 2013 di Terengganu, diikuti Johor (2014), Kelantan (2015) dan tahun ini di Sik, Kedah.

“Ia satu usaha murni untuk membantu golongan kurang bernasib baik agar mereka dapat meraikan serta menyambut Ramadan dan Syawal ini dengan gembira.

“TKHM dimulakan pada 2007 di Terengganu dan sejak itu ia menjadi acara tahunan Harian Metro. Tahun ini program Titipan Kasih diadakan di Mukim Tanjung Kupang, Johor minggu lalu dan di Jeneri, Sik, Kedah pada Sabtu ini,” katanya.

Menurutnya, program itu akan dikendalik­an kakitangan Harian Metro dengan kerjasama sukarelawa­n BSN dan anggota Briged Sukarelawa­n NSTP-Media Prima.

“Antara aktiviti yang diatur di Sik ialah membawa anak yatim dan murid miskin membeli baju dan kelengkapa­n raya, mengunjung­i keluarga miskin sambil menghulurk­an bantuan serta memberikan sumbangan wang tunai kepada masjid terpilih untuk menyediaka­n moreh sepanjang Ramadan,” katanya.

Jelasnya, lima masjid yang terpilih untuk menerima sumbangan moreh sebanyak RM2,000 ialah Masjid Ad-Dini Kampung Cemara, Jeneri; Masjid Al Maarif, Kampung Jeneri; Masjid Al Falah, Kampung Betong; Masjid Tajuddin, Kampung Kuala Ruman dan Masjid Al Barakah, Kampung Berona Kanan.

Di samping itu, 150 anak yatim dan murid miskin yang juga kariah lima masjid terbabit dibawa membeli baju dan kelengkapa­n hari raya di Giant Hypermarke­t, Sungai Petani.

“Setiap seorang diberi peruntukan RM150 dan mereka bebas memilih sendiri baju raya dan keperluan lain. Mereka juga diberi duit raya RM100 seorang.

“Agihan duit raya juga akan diberikan kepada 70 keluarga kurang berkemampu­an iaitu setiap keluarga akan mendapat RM300 berserta kotak barangan keperluan harian bernilai RM150,” katanya.

Program sehari suntuk itu diakhiri dengan majlis tazkirah, berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dengan masyarakat setempat di Masjid Ad-Dini.

Sementara itu, Arida berkata, tahun ini BSN kembali menaja TKHM demi mengeratka­n hubungan dengan pelanggan terutama masyarakat setempat di Kedah.

“Ia antara program kemasyarak­atan BSN setiap kali Ramadan. Tahun lalu BSN menerbangk­an tiga pelajar yang menuntut di universiti di Mesir dan Jepun pulang berhari raya di kampung halaman mereka.

“BSN bekerjasam­a dengan MARA (Majlis Amanah Rakyat) untuk memilih pelajar yang benar-benar tidak mampu menampung kos penerbanga­n balik ke tanah air,” katanya.

 ??  ?? ARIDA menyampaik­an sumbangan kepada Othman di Balai Berita NSTP, semalam.
ARIDA menyampaik­an sumbangan kepada Othman di Balai Berita NSTP, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia