Harian Metro

40% pesawat TUDM berusia lebih 20 tahun

-

Subang: Kira-kira 40 peratus pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah berusia lebih 20 tahun.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang mendedahka­n pesawat yang berusia 20 tahun ke bawah hanya A400, EC725 dan Sukhoi.

“Pesawat lain kebanyakan sudah berusia lebih 20 tahun dan seperti pesawat F18, kami sudah melaksanak­an proses naik taraf berterusan, menjadikan­nya baru dalam aspek keupayaan, sistem persenjata­an dan sensor.

“Pesawat C130 juga sudah berusia lebih 20 tahun dan kami terpaksa melakukan kerja naik taraf termasuk program lanjutan usia. Keadaan ini sama seperti helikopter Nuri yang sudah berkhidmat antara 40 hingga 50 tahun, biarpun komponenny­a masih baik, faktor alat ganti menjadi isu lantaran usianya itu,” katanya dalam sidang media sempena Sambutan Ulang Tahun TUDM Ke-60 di Pangkalan Udara Subang, di sini, kelmarin.

Affendi berkata, keadaan pesawat itu boleh disamakan dengan sebuah kereta yang mana kekerapan sebuah kereta baru untuk rosak adalah kurang, tidak seperti kereta lama yang mempunyai kecenderun­gan tinggi mengalami masalah dan perlu diselengga­ra dengan kerap.

“Dalam aspek penguatkua­saan,

>>Sempena Aidilfitri ATM terima sumbangan kewangan berjumlah RM1.64 juta

aset yang sudah berusia akan membabitka­n kos tinggi berbanding aset baru. Lagipun aset yang berusia lebih 20 tahun, ia memerlukan kerja naik taraf bagi memastikan ia dapat membantu menggerakk­an operasi TUDM,” katanya.

Ditanya aset manakah yang perlu dinaiktara­f Affendi berkata, TUDM akan melihat semula aset sudah dimiliki serta aset diperlukan pada masa depan.

“Perkara kedua yang perlu diberi perhatian adalah keadaan serta situasi misi atau operasi yang akan dijalankan atau bakal dihadapi pada masa depan.

“Manakala perkara ketiga adalah, kami melihat kepada kemampuan bukan saja terhadap pembelian aset, namun perlu mengambil kira kemampuan untuk membiayai kos penyelengg­araan,” katanya.

Affendi berkata, dalam situasi kewangan negara ketika ini, TUDM akan berdepan kekangan belanjawan sama seperti dialami kebanyakan negara lain.

 ??  ?? MAT Sabu pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada warga pertahanan di Auditorium Wisma Pertahanan.
MAT Sabu pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada warga pertahanan di Auditorium Wisma Pertahanan.
 ??  ?? SEBUAH pesawat Sukhoi terbang melintasi pesawat A400M.
SEBUAH pesawat Sukhoi terbang melintasi pesawat A400M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia