Harian Metro

Ceramah lagi mudah

- Mohd Azam Shah Yaacob am@hmetro.com.my

 Mohamad Sabu rasa janggal berucap dengan teks

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mencuit hati warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tetamu jemputan apabila berjenaka dengan menyatakan ‘lebih mudah berceramah daripada membaca teks ucapan’ ketika memulakan ucapan pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada warga pertahanan di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini, semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sebelum ini 40 tahun beliau berceramah tanpa teks dan kini selepas menjadi menteri, beliau perlu mengikut teks ucapan yang sudah disediakan.

“Sebelum ini, 40 tahun saya berceramah tanpa teks, tiba-tiba kena baca teks ucapan pula,” katanya sambil disambut gelak ketawa tetamu jemputan.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohamad Noor, Panglima Tentera Laut (PTL), Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara (PTU) Tan Sri Affandi Buang dan Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Zulkiple Kassim.

Malah, ketika berucap juga, Mohamad turut sebak apabila menyebut mengenai pengorbana­n perajurit terdahulu yang menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan demi mempertaha­nkan negara.

Beliau berkata, sempena Aidilfitri kali ini, ATM menerima sumbangan kewangan daripada 48 agensi membabitka­n sektor korporat, badan berkanun, syarikat swasta dan persatuan sukarela yang keseluruha­nnya berjumlah RM1.64 juta.

Malah, katanya, ATM turut menerima sumbangan barangan daripada 11 syarikat, koperasi dan persatuan sukarela.

“Saya selaku Menteri Pertahanan mewakili warga ATM berterima kasih atas sumbangan yang diterima hari ini (semalam).

“Keprihatin­an dan keikhlasan ini menjadi bukti rakyat menghargai curahan bakti perjuangan dan pengorbana­n ATM dalam mendaulatk­an tanah air,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia