Harian Metro

Slogan baru kuasa pertahanan

-

Subang: Sempena Sambutan Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-60, pasukan keselamata­n itu secara rasmi melancarka­n slogan ‘Kuasa Udara, Tonggak Kedaulatan Negara’ dalam usaha memastikan rakyat negara ini memahami kepentinga­n kewujudan unit pertahanan udara.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, slogan itu bagi memastikan warga TUDM memahami tugas mereka dan membolehka­n masyarakat mengetahui sebab kewujudan unit pertahanan udara.

“Jika kita melihat kepada konflik yang berlaku sebelum ini, ia menjadi bukti kepentinga­n pertahanan udara. Tanpa pertahanan udara, pertahanan negara dengan mudah diancam dan sebaliknya dengan kelebihan yang ada pada pertahanan udara, ia pasti akan memberi banyak kelebihan dalam banyak sudut.

“Antaranya adalah, ia membolehka­n capaian kepada kawasan yang jauh manakala yang kedua ia memberikan kuasa pemusnah, sekali gus membolehka­n sebarang bentuk konflik atau peperangan dijalankan luar kawasan negara atau yang tiada penduduk.

“Itu antara sebab mengapa penting sesebuah negara memiliki kuasa pertahanan udara yang efisien,” katanya sempena Sambutan Ulang Tahun TUDM Ke-60 di Pangkalan Udara Subang, kelmarin.

Katanya, bukan satu keperluan untuk memiliki belanjawan besar bagi memiliki aset pertahanan udara yang efisien, sebaliknya yang utama adalah bagaimana untuk mengoperas­ikan sebarang misi menggerakk­an set udara sedia ada.

 ??  ?? AFFENDI
AFFENDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia