Harian Metro

‘Kasihan Syafiq Kyle’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Idris Khan simpati pelakon terima nasib sama terpalit isu video seks

Pelakon Idris Khan yang pernah mencetuska­n kontrovers­i berikutan penyebaran gambar bogel dua tahun lalu kasihan dengan nasib Syafiq Kyle yang turut terpalit isu sama membabitka­n video panggilan seks.

Idris, 30, berkata, dia dapat merasai perasaan, tekanan dan dugaan dihadapi pelakon drama Nur itu berdasarka­n pengalaman­nya sebelum ini.

“Sebagai orang yang pernah terpalit isu sama, saya dapat rasa apa yang dilalui Syafiq sekarang. Apapun, anggaplah apa yang berlaku ini dugaan dalam bulan Ramadan. Saya harap Syafiq bertabah dan banyakkan bersabar. Pada masa sama, kena sentiasa berfikiran positif.

“Kalau boleh jangan biar perkara itu mengganggu diri dan kerja. Kita masih ada keluarga, jadi teruskan kehidupan seperti biasa.

“Berdasarka­n pengalaman, saya biarkan saja apa persepsi orang Kuala Lumpur : Penyanyi Lan Solo bersyukur dan lega apabila anak keempatnya, Nur Amna Quxandra yang berusia tiga bulan selamat menjalani pembedahan bibir sumbing di sebuah pusat perubatan di sini, pagi semalam.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, ketika dihubungi Harian Metro berkata, anaknya dimasukkan ke dewan bedah jam 9.30 pagi dan selesai dalam tempoh dua jam.

“Alhamdulil­lah, ramai. Saya hanya fokus pada kerja dan berikan hasil terbaik. Dalam masa sama, kita jangan kacau hidup orang lain,” katanya.

Menurut Idris, tidak adil sekiranya masyarakat terus menjatuhka­n hukum kepada seseorang artis kerana setiap manusia pasti ada kelemahan.

“Artis juga manusia biasa dan tidak sempurna.

Cuma, tidak dinafikan artis sentiasa menjadi perhatian masyarakat dalam apa jua dilakukan.

Jadi, kalau ada silap sikit memang terus kena kecam.

Disebabkan itu, kena sentiasa berhati-hati.

“Saya minta peminat atau sesiapa saja berhenti daripada terus menjatuhka­n hukum. Mengenai isu ini, saya percaya Syafiq juga tidak menjangka perkara sebegitu boleh terjadi,” katanya.

Terdahulu, tersebar panggilan video seks yang didakwa mirip Syafiq bersama ‘wanita’ dikenali sebagai Mira di laman Twitter sejak malam Ahad lalu.

Video berdurasi tujuh minit 22 saat itu memaparkan Syafiq berbaring atas sofa dan berdiri dalam bilik air selepas diminta Mira berbuat demikian.

Dua hari selepas itu, Syafiq membuat kenyataan media menerusi Instagram bagi menjawab segala spekulasi yang tersebar.

 ??  ?? SYA F I Q
I DRIS
SYA F I Q I DRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia