Harian Metro

Nafi single baru dipinggir stesen radio

-

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, 26, menafikan single terbarunya berjudul Bagai Pelangi yang juga lagu runut bunyi filem Pinjamkan Hatiku lakonannya dipinggir stesen radio tempatan.

Ini berikutan lagu yang dilancarka­n di platform digital Mac lalu belum lagi dimainkan di mana-mana stesen radio hingga hari ini.

Ayda berkata, Bagai Pelangi tidak diketepika­n stesen radio, sebaliknya dia yang tidak membuat sebarang aktiviti promosi terhadap lagu itu.

“Saya membuat rakaman lagu itu khas untuk peminat yang menonton filem Pinjamkan Hatiku sebagai tanda terima kasih di atas sokongan diberikan mereka. Itu saja.

“Jadi, saya hanya memuat naik lirik dan muzik video rasmi single Bagai Pelangi di YouTube untuk publisiti. Saya langsung tidak menjalanka­n promosi di mana-mana stesen radio pun.

“Bukan stesen radio tidak hubungi saya untuk memberi ruang dan peluang mempromosi­kan lagu itu, tetapi komitmen kerja saya pada lakonan agak sibuk.

“Jadual saya padat dengan aktiviti penggambar­an sehingga tidak berkesempa­tan memenuhi undangan stesen radio bagi tujuan promosi,” katanya.

Pelakon drama Dekatkan Jarak Kita ini juga menegaskan dia tiada masalah dengan mana-mana stesen radio.

“Mereka ada hubungi saya mengajak datang ke konti untuk mempromosi­kan lagu itu. Namun, saya terpaksa menolaknya kerana sibuk dengan penggambar­an drama. Memang tiada masa langsung,” katanya.

Bagai Pelangi bergenre pop adalah hasil ciptaan Ayda bersama dua komposer lain iaitu Norzaidi Abd Rahman dan Rafik Khairudin.

Ia dimuat naik di YouTube pada 17 Mac lalu dan hingga hari ini mencatat lebih satu juta tontonan.

Ia juga dirakam khas buat peminatnya terutama kelab peminat Ayda Jebat Screamer (AJS) ketika dia berkunjung ke Jepun.

 ??  ?? AYDA
AYDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia