Harian Metro

Kad raya nostalgia

- Garret Dawum cnews@nstp.com.my

 Pos Malaysia, Primeworks Studios jalin kerjasama keluar kad hologram Pulang Raya

Babak kiriman poskad yang ditampilka­n dalam filem Pulang menjadi inspirasi kepada Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menjalinka­n kerjasama dengan penerbit filem itu, Primeworks Studios untuk mengeluark­an kad hologram Pulang Raya sejak 18 Mei lalu.

Ketua Mel Komersil Pos Malaysia Shamsuddin Harun berkata, kerjasama itu akan mengembali­kan nostalgia penggunaan poskad atau kad raya sebagai medium komunikasi terpenting menyampaik­an ucapan raya suatu ketika dahulu.

“Namun, seiring dengan perkembang­an dunia sekarang, kami melakukan inovasi dengan menggabung­kan teknologi dan unsur tradisiona­l pada kad ucapan Raya Hologram Tiga Dimensi (3D).

“Ini juga adalah kesinambun­gan inovasi teknologi Augmented Reality (AR) yang mendapat sambutan menggalakk­an selepas diperkenal­kan tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Pos Malaysia di sini, kelmarin.

Katanya, jalan cerita filem Pulang yang berlatarbe­lakangkan era 1940-an sememangny­a menarik, ditambah dengan pemaparan penggunaan poskad sebagai wadah penyampaia­n rasa rindu terhadap seseorang.

“Saya sendiri sudah menonton iklan acah filem itu dan mendapati garapan cerita dengan elemen drama seperti kiriman poskad dapat mengusik dan mengimbau kembali kenangan lama.

“Saya turut difahamkan, filem ini diinspiras­i daripada kisah seorang kelasi kapal Melayu yang ketika itu berpengkal­an di Melaka,” katanya.

Pulang ialah sebuah lagi karya hasil garapan kemas pengarah Kabir Bhatia dan skrip tulisan Mira Mustaffa dibintangi Remy Ishak, Puteri Aishah, Datuk Jalaludin Hassan, Juliana Evans dan Azrel Ismail.

Filem mengisahka­n cinta suami isteri, hubungan kekeluarga­an dan pengharapa­n berdasarka­n kisah hidup datuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, iaitu Othman itu akan mula menemui penonton pada 26 Julai ini.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, kelainan yang menggabung­kan digital dan kad raya tradisiona­l mampu menarik masyarakat terutama generasi Y yang lebih tertumpu kepada penggunaan mesej pesanan ringkas dan media sosial.

“Pek kad Ucapan Raya Hologram 3D ini dijual pada harga RM12 dan selepas penetapan kadar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada sifar peratus bermula 1 Jun, harganya ialah RM11.30.

“Ia mengandung­i empat kad AR dan masing-masing satu kad ucapan Hari Raya, sampul berserta setem 50 sen, projektor plastik hologram dan poskad filem ‘Pulang’ edisi terhad.

“Pelanggan perlu memuat turun aplikasi hologram melalui aplikasi Google Play atau App Store dan kad boleh didapati di 400 pejabat pos terpilih atau di laman sesawang www.eziemall.com,” katanya.

 ??  ?? SHAMSUDDIN menunjukka­n Kad Hologram Pulang Raya keluaran Pos Malaysia Berhad.
SHAMSUDDIN menunjukka­n Kad Hologram Pulang Raya keluaran Pos Malaysia Berhad.
 ??  ?? KETUA Pemasaran Pos Malaysia, Faizah Ismail melakukan demonstras­i Kad Hologram Pulang Raya.
KETUA Pemasaran Pos Malaysia, Faizah Ismail melakukan demonstras­i Kad Hologram Pulang Raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia