Harian Metro

Nota ucap seribu nikmat

- Ahmad Rabiul Zulkifli news@nstp.com.my

“Terima kasih kepada pihak yang memberikan makanan percuma, sudah berhari-hari tidak ada duit untuk makan,” itu antara nota yang ditinggalk­an seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menikmati kemudahan Gerobok Rezeki Mutiara dan Gerobok Acts Of Kindness Project

(AOK) disediakan universiti berkenaan untuk membantu pelajarnya yang mengalami kesempitan wang untuk makan.

Gerobok Rezeki Mutiara dan Gerobok AOK yang disediakan hasil idea beberapa orang pensyarah kemudian disokong Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMT dan Kelab Wanita (Mutiara) UMT itu dijalankan sejak Febuari 2017 ternyata memberi manfaat secara keseluruha­nnya terutama kepada penuntut miskin di universiti berkenaan.

Sempena ketibaan Ramadan, Gerobok Rezeki Mutiara menyediaka­n pelbagai barangan keperluan asas termasuk beras, susu dan tepung selain sebanyak 100 pek juadah berbuka puasa pula disediakan di Gerobok AOK untuk membantu penuntut yang memerlukan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali berkata, program yang dijalankan itu sangat membantu penuntut yang memerlukan justeru hasil usaha semua pihak program itu diperluas dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Objektif program gerobok itu ialah untuk membantu penuntut yang memerlukan dan kami lihat program yang dijalankan sejak 2017 itu sangat efektif, malah mendapat maklum balas sangat positif dalam kalangan mereka.

“Pada mulanya kami hanya menyediaka­n satu bakul sahaja makanan siap dan mendapat sambutan sebelum diperluask­an dengan lima Gerobok AOK yang menyediaka­n sarapan pagi, makanan tengah hari dan petang pada hari biasa.

“Menyedari penuntut yang tinggal di luar kampus juga memerlukan bantuan bahan mentah untuk di

 Gerobok AOK bantu pelajar putus duit alas perut

masak di rumah penginapan mereka, kami menyediaka­n Gerobok Rezeki Mutiara pada Mac 2017 yang menyediaka­n pelbagai barangan keperluan asas untuk mereka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya melalui sumbangan kakitangan UMT dan semua pihak menyediaka­n sebanyak 100 pek juadah berbuka puasa di Gerobok AOK untuk memberi kemudahan kepada penuntut yang memerlukan berbuka puasa.

“Program ini sesuai dijalankan di universiti kerana kebiasaann­ya tidak semua pelajar yang mengikuti pengajian terdiri daripada golongan yang mampu, justeru bagi penuntut yang datang daripada keluarga miskin, mereka boleh memanfaatk­an sumbangan yang disediakan,” katanya.

Penuntut universiti, Harizal Azmi, 25, berkata, makanan siap yang disediakan di Gerobok AOK itu amat membantu penuntut yang kurang berkemampu­an untuk mendapatka­n makanan.

“Sebahagian penuntut di UMT ialah golongan pertengaha­n dan kurang mampu, justeru apabila pihak UMT menyediaka­n bantuan seperti itu, kerisauan kami mengenai masalah kesempitan wang untuk membeli makanan dapat ditangani,” katanya.

 ??  ?? DR Che Mohd Ruzaidi (kanan) bersama sukarelawa­n UMT di Gerobok AOK yang menyediaka­n juadah berbuka puasa untuk pelajar yang memerlukan.
DR Che Mohd Ruzaidi (kanan) bersama sukarelawa­n UMT di Gerobok AOK yang menyediaka­n juadah berbuka puasa untuk pelajar yang memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia