Harian Metro

Bukan sebab putus cinta

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

 Fara nafi gugur nama Erry babit muzik video ketiganya

Penyanyi Fara Hazel menafikan dia menggugurk­an nama pelakon dan penyanyi Erry Putra untuk terbabit dalam muzik video lagu ketiganya, Pasrah selepas putus cinta dengan jejaka itu.

Fara, 22, atau nama sebenarnya Nurfaraazi­ra Yusri berkata, keputusan itu dibuat syarikat pengurusan­nya selepas melakukan pindaan terhadap jalan cerita asal seperti yang dicadangka­n sebelumnya.

“Saya bernaung di bawah syarikat rakaman Aries Music. Sebagai artis saya ikut saja keputusan mereka. Apa yang baik buat saya, kena akur.

“Mereka sudah memilih seorang pelakon lelaki lain bagi menggantik­an tempat Erry dan saya tiada masalah untuk menerimany­a.

“Penggambar­an muzik video ini pun sudah siap sepenuhnya tetapi buat masa ini saya perlu merahsiaka­n siapa pelakon itu kerana pelancaran­nya akan dibuat selepas Aidilfitri,” katanya kepada Harian Metro.

Fara yang juga kakak kepada penyanyi popular Aiman Tino ini pernah mendedahka­n menjalin hubungan cinta dengan Erry sebelum ini.

Hubungan mereka mula terjalin apabila kedua-duanya berkenalan menerusi

Kuala Lumpur: Pelawak Abam Bocey mendedahka­n dia pernah mengalami kerugian puluhan ribu ringgit selepas ditipu syarikat pelanconga­n tempatan yang menawarkan pakej umrah.

Abam berkata, dia sudah membuatkan bayaran penuh untuk dirinya dan dua anggota keluarga yang lain untuk menunaikan umrah pada akhir tahun lalu. Instagram sejak enam bulan lalu dan Farah mengakui mereka dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Mengulas mengenai hubungan mereka, Fara berkata, hubunganny­a dengan Erry Putra kini tidak lebih sebagai kawan biasa.

“Biar kami kekal sebagai kawan dan rasanya lebih selesa cara itu. Asalnya saya minat Erry kerana lakonannya.

“Dari situ saya bercadang nak masukkan dia dalam muzik video Pasrah. Mungkin dari situ saya tiba-tiba menyukainy­a.

“Bagaimanap­un seperti saya tegaskan, sekarang kami hanya berkawan. Mungkin boleh dikatakan kami ibarat kawan tapi mesra,” katanya.

Fara turut menafikan hubungan mereka keruh akibat campur tangan keluargany­a dan tidak mahu mereka disatukan.

“Ini keputusan kami berdua juga. Kami sekarang senang menjelaska­n sebagai kawan sahaja tanpa ada perasaan dendam.

“Saya masih okay dengan dia. Mungkin sebelum ini saya seronok dan lalai. Apabila kenal dia, tanpa berfikir panjang terus mengaku bercinta.

“Semakin lama kenal dia dan menyelami hati budinya, rasanya biar kami berkawan sahaja. Saya juga tak anggap berkawan dengannya satu kesilapan sebaliknya sebagai pengalaman dalam hidup,” katanya. dengan apa yang sudah berlaku.

“Biar Allah saja membalas perbuatan mereka itu. Saya reda dan percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

“Barang kali mungkin belum rezeki saya membawa ibu menunaikan umrah. Insya-Allah kami bercadang menunaikan umrah hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

 ??  ?? FARA dan Erry.
FARA dan Erry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia