Harian Metro

Mufti masih tunggu Faiz

- Suraya Roslan cnews@nstp.com.my

 Dr Zulkifli yakin pemuda ada keberanian untuk bertandang ke pejabatnya

Selepas 24 jam, instafamou­s, Faiz Roslan yang mencetuska­n kontrovers­i apabila mengaku tidak berpuasa dan memakai pakaian wanita masih belum tampil ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n.

Jurucakap Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n berkata, pihaknya masih menunggu kedatangan dan maklum balas daripada Faiz.

“Dia belum datang dan menghubung­i kami. Sebarang perkembang­an lanjut akan dikemas kini melalui Facebook (FB) rasmi mufti.

“Kami harap Faiz dan rakan datang menemui kami dan sebarang pencerahan serta masalah boleh dibincang bersama,” katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan di FB rasminya mengajak anak muda itu dan rakannya ke pejabatnya di Kompleks Islam Putrajaya Blok D, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, Putrajaya.

“Sehari dua ini kami terdengar isu yang begitu hangat diperbinca­ngkan netizen Malaysia mengenai Faiz dan rakan yang sering memuat naik gambar dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadan.

“Sejujurnya, saya baru saja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh mengenai anak muda ini melalui rakan sepejabat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya yakin dan percaya Faiz mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi.

“Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral dan berbincang dengan baik.

“Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaik­an pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya kembali kepada kefahaman sebenar al-Quran dan al-Sunnah yang digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah ada titik penyelesai­annya,” katanya.

 ??  ?? FAIZ (tengah) ketika hadir ke Gegaria Fest di Pusat Konvensyen dan Pameran MATRADE.
FAIZ (tengah) ketika hadir ke Gegaria Fest di Pusat Konvensyen dan Pameran MATRADE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia