Harian Metro

Penceramah dituduh sokong pengganas

-

Kuala Lumpur: Seorang penceramah bebas sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas dua pertuduhan tambahan iaitu memberikan perkhidmat­an kewangan bagi manfaat pengganas, tiga tahun lalu.

Ahmad Junaidi Omar, 30, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa secara tidak langsung memberikan perkhidmat­an kewangan dengan cara membenarka­n kemasukan wang masing-masing berjumlah RM200 dan RM100 ke akaun Maybank miliknya.

Tertuduh mempunyai sebab munasabah untuk mempercaya­i secara keseluruha­n atau sebahagian kedua-dua perkhidmat­an yang diberikan itu akan memanfaatk­an pengganas bernama Muhammad Fudhail Omar, 26.

Bagi kedua-dua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 1300(1)(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 1300(1)(bb) kanun sama memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam Shahredzan Johan.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan semula kes manakala perbicaraa­n ditetapkan pada 6 sehingga 8 Ogos.

Pada 26 Januari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan pengetahua­n membenarka­n kemasukan wang RM6,360 milik Muhammad Fudhail ke dalam akaun bank miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia