Harian Metro

Selera menu antarabang­saHARIAN

- Ainal Marhaton Abd Ghani cnews@nstp.com.my

 Program Iftar Ramadan UMP perkenal masakan istimewa pelajar dari luar negara

Masakan antarabang­sa antaranya Mutton Masala (Bangladesh), Chicken Karachi (Pakistan), Fasoulia (Iraq), Kushaf (Egypt), Magrood (Libya) dan Basbousa (Sudan) menjadi antara juadah istimewa dimasak pelajar antarabang­sa Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Makanan itu disajikan kepada 150 penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Sungai Soi di sini, kelmarin.

Pengarah Pejabat Antarabang­sa UMP, Dr Nik Aloesnita Nik Mohd Alwi berkata, 100 pelajar dari Yaman, Iraq, Mesir, Somalia, Tanzania, Sudan, Pakistan dan Bangladesh menyediaka­n juadah tradisi negara masing-masing menerusi program Iftar Ramadan anjuran pejabat antarabang­sa universiti berkenaan.

Beliau berkata, program itu adalah inisiatif penuntut antarabang­sa sendiri untuk berkongsi pengalaman mengimarah­kan Ramadan dan beramah mesra dengan penghuni di rumah anak yatim berkenaan.

“Peluang menyediaka­n juadah berbuka puasa bersama menu antarabang­sa ini pastinya menjadi ingatan penghuni dan pelajar yang sangat teruja menyediaka­n juadah dari negara masing-masing. “Selain itu, mereka menimba pengalaman baru di sini di samping mengubat kerinduan kepada keluarga di kampung halaman,” katanya.

Beliau berkata, jabatan berkenaan mengadakan pelbagai program bagi memberi peluang penuntut luar negara merasai pengalaman berpuasa termasuk menikmati juadah menu tempatan, bertarawih, bertadarus dan berbuka puasa di masjid UMP.

Sementara itu, Yang Dipertua Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Badrul Huzaini Yusuff berterima kasih kepada UMP yang menceriaka­n penghuni rumah itu dengan menyediaka­n juadah pelbagai negara dan sumbangan duit raya.

Pelajar dari Nigeria, Abdelmadji­d Benraghda berkata, penyediaan juadah bermula pada jam 1 tengah hari dengan aktiviti menyiang, memasak dan menyediaka­n juadah untuk berbuka puasa.

“Saya gembira dan teruja berbuka puasa serta menunaikan solat tarawih berjemaah serta mengadakan Kelas Bahasa Arab untuk anak-anak di sini,” katanya.

Penuntut program kedoktoran Fakulti Kejurutera­an Awam dan Sumber Alam, Ashraf A Alamen Teara turut berkongsi kegembiraa­n dengan menyediaka­n masakan menu negaranya, Libya untuk dinikmati penghuni di sini.

Dalam pada itu,Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, universiti menyediaka­n juadah berbuka puasa untuk 1,400 pelajar manakala hidangan bersahur antara 200 hingga 300 pelajar di Gambang dan Pekan hasil sumbangan Endowmen MyGift UMP.

 ??  ?? PROF Dr Daing Nasir (tiga kanan) bersama sukarelawa­n menyiapkan hidangan berbuka di Masjid UMP Gambang.
PELAJAR sibuk mengacau makanan.
PROF Dr Daing Nasir (tiga kanan) bersama sukarelawa­n menyiapkan hidangan berbuka di Masjid UMP Gambang. PELAJAR sibuk mengacau makanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia