Harian Metro

Sedekah bukan sekadar wang

-

Jerantut: Seorang pengusaha salun rambut di sini, menawarkan perkhidmat­an gunting rambut secara percuma kepada komuniti terutama pelajar tahfiz sempena Ramadan ini.

Mohamad Najmie Mohamed Roselan, 25, berkata, perkhidmat­an percuma itu dianggapny­a sebahagian sedekah, sempena keberkatan Ramadan.

Menurutnya, dia dan pembantuny­a, Mohd Balqis Marzuki, 26, mengguntin­g rambut pelajar dan tenaga pengajar di Maahad Dirasat Dinniyah (MADAD) sebagai permulaan.

“Ini adalah aktiviti yang julung kali kami adakan selepas saya membuka kedai ini dua tahun lalu.

“Hajat saya mahu beramal dengan kemahiran yang dimiliki. Saya akan teruskan program begini dan memilik pusat tahfiz dan golongan memerlukan untuk dibantu,” katanya.

Menurutnya, tidak rugi beramal dengan cara itu kerana percaya kepada rezeki yang ditentukan Allah SWT.

Pelajar tahfiz MADAD, Aris Haikal Sayuti, 17, dari Jerantut Feri berkata, bersyukur dan teruja kerana mendapat khidmat gunting rambut profesiona­l tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

“Saya juga suka dengan gaya potongan ini, Terima kasih kerana membantu kami,” katanya.

Sementara itu, Mudir MADAD Zuridan Mohd Daud berkata, pihaknya menghargai usaha yang dijalankan Mohamad Najmie dan sangat mengalu-alukan sumbangan walaupun bentuk perkhidmat­an.

“Memang sepanjang Ramadan ini, kami menerima pelbagai sumbangan terutamany­a makanan untuk berbuka yang dihantar masyarakat.

“Ada juga bentuk perkhidmat­an seperti kursus komputer untuk pelajar dan terbaru gunting rambut ini,” katanya.

MADAD memiliki 48 pelajar berusia 10 hingga 19 tahun sejak mula beroperasi pada 2015.

 ??  ?? MOHAMAD Najmie ketika memberi perkhidmat­an gunting rambut percuma kepada pelajar tahfiz MADAD Kampung Temin.
MOHAMAD Najmie ketika memberi perkhidmat­an gunting rambut percuma kepada pelajar tahfiz MADAD Kampung Temin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia