Harian Metro

Sentuhan luar biasa

- Syaherah Mustafa cnews@nstp.com.my

Ramadan disifatkan bulan rezeki buat pasangan orang kurang upaya (OKU) dari pekan ini apabila menerima tempahan membuat kerepek popia lebih sekali ganda berbanding biasa.

Mohd Kamarudin Ismail, 48, dan isteri, Sharifah Raudzah Syed Akil, 45, masing-masing lumpuh dari pinggang ke bawah mengusahak­an perniagaan itu sejak lima tahun lalu untuk membesarka­n anak mereka, Nik Amirul Mukmin Mohd Kamarudin, 18.

Sharifah Raudzah berkata, dia membuat kerepek popia itu menggunaka­n resipi sendiri dan bersyukur apabila mendapat pujian pelanggan kerana rasanya yang enak, rangup dan tidak mudah pecah.

Katanya, kecacatan dirinya tidak menghalang mereka membeli sendiri barang keperluan untuk membuat kerepek popia itu kerana masing-masing sudah terbiasa berdikari.

 Pasangan OKU tak menang tangan buat kerepek popia

“Setiap hari, kami menyiapkan 30 bekas bermula jam 7 pagi hingga ke malam. Banyak proses untuk membuatnya bermula dengan melipat kulit popia, mengguntin­g, menggoreng sebelum diperisaka­n.

“Memandangk­an kudrat kami berdua tak seperti orang biasa, jadi perlukan masa untuk menyiapkan­nya dan semua dilakukan secara tradisiona­l tanpa bantuan mesin.

“Tahun ini, kami hanya sempat membuat dua jenis kerepek popia iaitu keju asli dan keju meletup (manis dan pedas) berbanding sebelum ini ada perisa kari, tom yam dan coklat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Sekolah Cina, di sini.

Sharifah Raudzah berkata, disebabkan masalah kesihatan juga menyebabka­n dia dan suami terpaksa mengehadka­n tempahan.

“Saya sakit belakang (tulang belakang) yang menyukarka­n untuk bekerja lebih masa,” katanya yang juga atlit paralimpik negara dan pernah mewakili Malaysia di Sukan SEA Korat, Thailand dalam acara angkat berat untuk kategori 117 kilogram.

Menurutnya, kerepek popia itu dijual dengan harga RM12 hingga RM 17 sebekas dan mendapat tempahan bukan hanya dalam kalangan penduduk tempatan bahkan dari luar Kelantan.

Katanya, jika ada permintaan di luar Kelantan, dia sendiri melakukan urusan pos seperti sebelum ini ke Perlis, Kuala Lumpur dan Perak.

 ??  ?? SHARIFAH Raudzah dan suami, Mohd Kamarudin menunjukka­n kerepek popia.
SHARIFAH Raudzah dan suami, Mohd Kamarudin menunjukka­n kerepek popia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia