Harian Metro

‘Dawai kokot’

- Asrol Awang cnews@nstp.com.my

Tindakan menggunaka­n dawai kokot pada pembalut makanan menyebabka­n lima peniaga bazar Ramadan di kawasan pentadbira­n Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) masing-masing dikompaun RM250.

Kompaun dikeluarka­n selepas peniaga gagal mematuhi syarat walaupun diberikan amaran lisan untuk tidak menggunaka­n dawai kokot pada pembalut makanan seperti kuih tako dan pulut panggang.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abdul Rahim Muda berkata, mereka yang dikesan melanggar syarat ditetapkan masing-masing berniaga di bazar Ramadan Taman Tas dan Balok, di sini.

Bermula 1 hingga 7 Ramadan lalu, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih kepada memberi amaran lisan kepada peniaga yang melakukan kesalahan.

“Kegagalan mematuhi syarat menyebabka­n MPK mengeluark­an kompaun terhadap lima peniaga yang ingkar.

“Di kawasan pentadbira­n MPK, 33 bazar Ramadan diluluskan tahun ini membabitka­n 1,893 peniaga, 1,524 menjual makanan dan minuman,” katanya.

Abdul Rahim berkata demikian selepas meninjau bazar Ramadan Mahkota Square di sini, petang kelmarin.

Sehubungan itu, katanya, semua peniaga perlu mematuhi syarat menggunaka­n bekas makanan berpenutup lutsinar, mementingk­an kebersihan tempat berniaga dan persekitar­an serta memakai penutup mulut ketika berniaga.

“Peraturan itu bukan saja di kawasan pentadbira­n MPK, malah di seluruh daerah di Pahang untuk memastikan aspek kebersihan diberi keutamaan.

“Pada masa sama, harga makanan dan minuman yang dijual juga perlu berpatutan,” katanya.

Bermula 1 Ramadan, beliau berkata, pegawai penguat kuasa MPK melakukan pemantauan bagi memastikan kelancaran di semua bazar.

“Tahun ini, MPK akan menyampaik­an anugerah cemerlang kepada peniaga yang mengutamak­an aspek kebersihan, teknik pembungkus­an, pemakaian dan khidmat pelanggan terbaik,” katanya.

 ??  ?? ABDUl Rahim (kanan) meninjau bazar Ramadan Mahkota Square.
ABDUl Rahim (kanan) meninjau bazar Ramadan Mahkota Square.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia