Harian Metro

Tiket ke utara sudah habis

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Aidilfitri bakal disambut dua minggu lagi semakin terasa kemeriahan­nya apabila ramai sudah mula melakukan pelbagai persiapan termasuk mendapatka­n tiket perkhidmat­an pengangkut­an awam agar perancanga­n pulang beraya di kampung halaman tidak terbantut.

Setakat ini hasil tinjauan dilakukan tiket untuk Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS) dan bas ekspres sempena cuti sambutan Aidilfitri untuk tarikh perjalanan 8 hingga 14 Jun, sudah habis dijual.

Sumber Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad berkata, tiket ETS untuk destinasi ke utara bagi tarikh perjalanan seminggu sebelum Aidilfitri sudah habis selepas mula dijual awal bulan lalu.

“Ramai penumpang buat tempahan menerusi atas talian, sekarang ETS menjadi pilihan orang ramai, mungkin mereka ini mahu pulang ke kampung tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya.

“Trend ini sama seperti sambutan Aidilfitri tahun lalu apabila tiket dijual seperti pisang goreng panas. Pihak KTMB juga akan memperkena­lkan tren khas ke Kota Bharu, Kelantan sempena Aidilfitri yang diberi nama Lambaian Timur berdasarka­n permintaan orang ramai,” katanya.

Difahamkan tiket tren tambahan ETS Aidilfitri akan dibuka untuk jualan pada 4 Jun ini bermula jam 10 pagi menerusi kaunter atau secara atas talian menggunaka­n e-Ticket, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan ejen tiket KTMB yang berdaftar.

Dalam satu kenyataan dikeluarka­n KTMB, tren tambahan sempena Aidilfitri akan disediakan pada tarikh 12 hingga 14 Jun dan 17 hingga 24 Jun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express, Mejar (B) Abu Bakar Mohammad berkata, tiket untuk semua laluan bas syarikat itu bagi tarikh empat hari sebelum Aidilfitri sudah habis dijual.

“Laluan ke arah utara seperti Alor Setar, Kedah dan Pantai Timur seperti Kuala Terengganu, Terengganu serta Kuantan, Pahang habis untuk tarikh 11 hingga 15 Jun.

“Bagi laluan Kota Bharu, Kelantan, tiket bas sudah bagi perjalanan 8 Jun sehingga Aidilfitri sudah habis dijual. Setakat ini, pihak kami belum ada perancanga­n untuk tambah trip perjalanan,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di dua stesen pengangkut­an awam utama iaitu KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati keadaan masih terkawal dan tidak terlalu sibuk dengan kehadiran orang ramai yang ingin membeli tiket sempena Aidilfitri.

Masih belum ada kesesakkan yang berlaku dan orang ramai beratur seperti biasa untuk mendapatka­n tiket bas atau kereta api ke destinasi masing-masing.

Seorang petugas kaunter di TBS yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana berkata, ada penumpang sudah mendapatka­n tiket bas sejak seminggu yang lalu.

“Ramai yang ke sini (TBS) sejak minggu lalu dan bertanyaka­n mengenai tiket bas. Memang ada tiket yang sudah habis dijual terutama untuk perjalanan tiga hari sebelum Hari Raya.

“Saya tidak pasti apa tindakan yang akan dilambil syarikat pengusaha bas ekspres bagi menampung permintaan pelanggan tetapi setakat ini jadual perjalanan mengikut apa yang sudah ditetapkan serta belum ada sebarang perubahan,” katanya.

 Tiket tren tambahan ETS dibuka untuk jualan 4 Jun ini

 ??  ?? TINJAUAN pengguna yang menggunaka­n ETS dan komuter KTMB di stesen Butterwort­h,
Pulau Pinang.
TINJAUAN pengguna yang menggunaka­n ETS dan komuter KTMB di stesen Butterwort­h, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia