Harian Metro

Enam syarikat bayar zakat RM17.8 juta

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM17.8 juta di sini.

Syarikat berkenaan adalah DRB Hicom Bhd yang membayar zakat RM6.03 juta; Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) (RM4.7 juta) dan PLUS Malaysia Bhd (RM2.6 juta).

Selain itu, Pemerbadan­an Menteri Besar membayar RM1.8 juta; Seriemas Developmen­t Sdn Bhd (RM1.2 juta) dan Sime Darby Property Bhd (RM1 juta).

Sultan Selangor berkenan menerima zakat berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini.

Baginda diiringi, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pengerusi Sime Darby Property, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah turut berkenan menyampaik­an sumbangan RM2.5 juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia di 17 hospital sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

>>Sultan Selangor berkenan menerima zakat berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Sumbangan diserahkan kepada Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim.

Sultan Selangor turut berkenan menyampaik­an sumbangan zakat elaun RM2,000 seorang kepada imam solat terawih di 1,000 surau terpilih selain sumbangan Hari Raya berjumlah RM500 kepada 489 asnaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia