Harian Metro

Berani turun harga

- Oleh Ibrahim Isa ibrahim@nstp.com.my

 Nahar Power ambil semangat murahkan 10 produk dijual

Memahami keadaan ekonomi semasa dan mengambil semangat Perdana Menteri Ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin berjimat cermat menyaksika­n pemilik Nahar Power, Mohd Naharudin Isa, 48, mengambil keputusan menurunkan harga lebih 10 produk yang dijualnya.

Mohd Naharudin berkata, dia mula berniaga pada 1992 ketika Tun Dr Mahathir masih menjawat jawatan Perdana Menteri Keempat lagi.

“Jika kita lihat zaman pemerintah­annya sebelum ini, beliau lebih banyak berjimat cermat namun semua mampu merasai nikmat kehidupan di negara ini dan konsep beliau adalah biar sama-sama senang, sama-sama rasa serta adil.

“Disebabkan jumlah penduduk daerah ini semakin bertambah kebelakang­an ini, kehadiran pengunjung Singapura dan paling penting kepulangan­nya memerintah negara, kami akan menurunkan harga barang supaya semua lapisan masyarakat dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh gembira dan berjimat.

“Saya berharap dengan cara ini, orang ramai berpeluang merasai pelbagai jenis kuih Nahar Power pada harga mampu milik,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, kebanyakan bahan yang digunakan untuk membuat kuih keluaranny­a tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Katanya, disebabkan

itu agak sukar untuk peniaga biskut raya menurunkan harga apabila GST ditarik semula kerajaan.

Bagaimanap­un, katanya, ia tidak mematahkan semangatny­a untuk memberikan potongan harga kepada semua pelanggan.

Katanya, pengalaman­nya berurusan dengan pelanggan luar negara sejak lebih 20 tahun lalu digunakan untuk membantu beliau memasarkan produk masing-masing dan mengekalka­n kualiti untuk bersaing di pasaran.

Beliau berkata, pelanggan luar negara tidak kisah harga jualan, namun mementingk­an kualiti dan rasa biskut yang dijual.

Pelanggann­ya dari Singapura, Zaher Samad, 43, berkata, dia mula membeli biskut Nahar Power sejak lebih 10 tahun lalu di Angsana Johor Bahru Mall setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Biasanya saya akan membeli enam atau tujuh jenis kuih untuk dibawa pulang kepada ibu, adik-beradik dan tetamu menjelang Aidilfitri nanti.

“Pernah sekali saya cuba membeli biskut dari kedai lain, harganya agak murah berbanding di sini, tetapi rasanya tidak sama. Saya menjadi pelanggan tetap kuih Nahar Power kerana rasanya tetap sama hingga ibu saya sendiri pun tahu.

“Alhamdulil­lah, kualiti kuih yang dijual itu benar-benar dengan bahan yang digunakan berkualiti tinggi, tidak risau biskut berbau atau rosak kerana terbukti kuih yang dijual tahan lama,” katanya.

Menurutnya, jika bukan musim perayaan sekali pun, dia tetap akan membeli beberapa biskut Nahar Power yang dijadikan makanan ringan untuk keluargany­a.

 ??  ?? MOHD Naharudin (tiga dari kanan) melayan pelanggan yang datang membeli pelbagai jenis biskut raya di premisnya di Angsana Mall, Johor Bahru.
MOHD Naharudin (tiga dari kanan) melayan pelanggan yang datang membeli pelbagai jenis biskut raya di premisnya di Angsana Mall, Johor Bahru.
 ??  ?? BISKUT raya moden dan tradisiona­l yang mendapat sambutan menjelang hari raya di premis Nahar Power di Angsana Mall Johor Bahru.
BISKUT raya moden dan tradisiona­l yang mendapat sambutan menjelang hari raya di premis Nahar Power di Angsana Mall Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia