Harian Metro

Masak lemak cili api eksotik

- Hassan Omar cnews@nstp.com.my

 Guna resipi nenek moyang adun telur sotong, telur ikan, siput sedut

Telur sotong dan ikan serta siput sedut masak lemak cili api yang dicampur keladi sudah cukup untuk menjadikan gerai Mohd Farhan Azwan Mohd Azlan di Masjid Tanah di sini, sentiasa dikunjungi pelanggan.

Saban petang, gerai Mohd Farhan Azwan, 29, di bazar Ramadan Masjid Tanah itu tidak pernah lekang daripada pelanggan terutama mereka yang menggemari ma- sakan Negeri Sembilan.

Dengan mengadunka­n siput sedut, telur sotong dan telur ikan, Mohd Farhan Azwan mahu pelanggan menikmati keenakan ketiga-tiga jenis makanan berkenaan dalam satu hidangan.

Dia yang sudah berniaga selama 22 tahun di bazar itu berkata, tidak ramai pelanggan tahu keenakan ketiga-tiga menu terbabit kerana kurangnya peniaga mampu menyediaka­n masak lemak cili api.

“Saya menggunaka­n resipi

nenek moyang yang mahir dalam masakan cili api untuk membuktika­n kepada pelanggan telur sotong, telur ikan dan siput sedut sememangny­a cukup enak untuk dinikmati.

“Sayur keladi bukan setakat menjadi pelengkap masakan, malah menambah kelazatan,” katanya ketika ditemui di bazar berkenaan.

Mohd Farhan Azwan dan abangnya, Mohd Hafiz Azwan, 34, dibantu lima anak saudara untuk melayani pelanggan yang hadir ke gerai mereka untuk mendapatka­n pelbagai juadah.

Selain ketiga-tiga jenis masakan itu, mereka juga menyediaka­n 43 jenis masakan lain, termasuk rendang daging daun maman.

“Daun maman rasanya masam, tetapi ia menambah kelazatan rendang daging dan digemari mereka yang sudah berusia,” katanya.

Mohd Farhan Azwan berkata, dia belum bercadang untuk menambah menu juadah kerana yang sedia ada sudah memenuhi tuntutan selera pengunjung.

 ??  ?? MOHD Farhan Azwan (tengah) dan Mohd Hafiz Azwan (kiri) menyediaka­n masak lemak cili api istimewa di Bazar Ramadan Pekan Masjid Tanah.
MOHD Farhan Azwan (tengah) dan Mohd Hafiz Azwan (kiri) menyediaka­n masak lemak cili api istimewa di Bazar Ramadan Pekan Masjid Tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia