Harian Metro

Jakkas santun asnaf di Kedah, Perlis

-

Sik: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) menerusi Jawatankua­sa Kerohanian, Kebajikan dan Sahsiah (Jakkas) menganjurk­an Program Amal Jariah bagi menyantuni 60 asnaf di dua daerah di Kedah dan Perlis, baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif MIDA merangkap Pengerusi Jakkas, Mohd Zulkafli Ismail berkata program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang berlangsun­g selama tiga hari itu diadakan dengan pembabitan 40 kakitangan MIDA dari Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, program tahunan Jakkas/MIDA yang memasuki tahun ke-16 ini memberikan peluang kepada kakitangan MIDA yang beragama Islam untuk mendekati masyarakat luar bandar, khususnya warga emas, golongan miskin, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan ibu atau bapa tunggal.

Katanya, program itu mula dilaksanak­an pada 2002 di Sik dan ini kali kedua mereka kembali ke daerah ini bagi menyantuni golongan yang memerlukan bersempena kedatangan Ramadan.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 50 keluarga di Sik membabitka­n beberapa kampung di Nami, Jeneri dan Telaga Batu, serta 10 keluarga di Kangar, Perlis, menerima bantuan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak, kuih raya dan wang tunai RM300 masing-masing.

“Sumbangan akan disampaika­n dari rumah ke rumah dan penerima ini kita pilih berdasarka­n senarai yang diperoleh daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS).

“Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyantuni lebih ramai golongan yang memerlukan. Jika pada tahun lalu kita mengadakan program bersama masyarakat di Jelebu, Negeri Sem- bilan, tahun ini di Kedah dan Perlis dan tahun depan di lokasi berbeza pula,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Zulkafli berkata, di setiap lokasi, pihaknya juga akan berbuka bersama penduduk selain mengagihka­n bubur lambuk yang dimasak secara gotong-royong.

 ??  ?? SEBAHAGIAN kakitangan MIDA bergotong-royong bersama penduduk menyediaka­n bubur lambuk.
SEBAHAGIAN kakitangan MIDA bergotong-royong bersama penduduk menyediaka­n bubur lambuk.
 ??  ?? KAKITANGAN MIDA menyampaik­an sumbangan
kepada seorang asnaf di Kampung Tok Kandang Perlis.
KAKITANGAN MIDA menyampaik­an sumbangan kepada seorang asnaf di Kampung Tok Kandang Perlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia