Harian Metro

Tiada kaitan balas dendam

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

 Polis siasat Jamal ikut lunas undang-undang

“Polis hanya menjalanka­n tugas dan siasatan terhadap Jamal (Datuk Seri Jamal Md Yunos) dijalankan mengikut lunas undang-undang.

“Kita tidak membuat siasatan secara kelam-kabut atau (tergesa-gesa), kita buat (siasatan) satu persatu semua kes membabitka­n beliau,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Fadzil turut menyangkal dakwaan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu yang siasatan polis dijalankan terhadapny­a dilakukan atas arahan pihak tertentu yang mahu membalas dendam kepada beliau.

“Tiada sebarang tekanan dikenakan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), apa yang kita lakukan adalah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini, semalam

Katanya, polis sudah memberi masa yang cukup untuk Jamal berfikir dan seterusnya bekerjasam­a dalam siasatan polis berhubung semua sembilan kes dihadapiny­a, bagaimanap­un Jamal memilih untuk terus melarikan diri.

“Proses permohonan waran tangkap ke atas Jamal akan diselesaik­an hari ini (semalam) dan pada masa sama kita akan perhebatka­n lagi usaha mengesanny­a.

“Sehingga sekarang, sudah enam hari dia menghilang­kan diri dan semalam (kelmarin) kita sudah meminta peguamnya menasihatk­an Jamal supaya bekerjasam­a dengan siasatan yang kita jalankan,” katanya.

Selain itu, Fadzil memaklumka­n Jamal secara automatik disenaraih­itamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dari ke luar negara susulan waran tangkap dikeluarka­n terhadapny­a sebelum ini berhubung tiga kesnya terdahulu.

Kelmarin, Jamal menerusi satu rakaman video mendakwa ada pihak dalam kerajaan berkuasa ketika ini membuat rancangan dengan menekan polis untuk menganiaya dirinya.

Jamal mendakwa ada usaha terancang pihak tertentu mengarahka­n polis untuk mengenakan­nya dalam apa juga keadaan walaupun pada mulanya polis memberi jaminan yang dia cuma diperlukan untuk melengkapk­an dokumentas­i jaminan polis.

Dalam pada itu, Fadzil berkata pihaknya turut menjalanka­n siasatan ke atas kecuaian dua anggotanya termasuk seorang pegawai sehingga Jamal boleh melarikan diri ketika menunggu proses ikat jamin di Hospital Pakar Ampang Puteri, Jumaat lalu.

“Siasatan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bagi memastikan sama ada perkara itu memang sengaja dilakukan atau ada berlaku salah faham atau berlaku kesilapan secara teknikal.

“Kedua-dua kes ini (Jamal dan polis cuai) disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 kanun sama iaitu kerana dengan cuai melepaskan tahanan dan melarikan diri daripada tahanan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia