Harian Metro

Terkandas empat hari

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi news@nstp.com.my

 Banjir bulan puasa ganggu persiapan Aidilfitri penghuni PPS

Seramai 73 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di sini, semakin resah apabila sudah beberapa hari terpaksa meninggalk­an rumah mereka akibat bencana itu.

Mereka bimbang persiapan untuk menyambut Syawal akan terjejas, malah ada antaranya terpaksa menolak tempahan kuih yang dipesan pelanggan berikutan banjir.

Zaliza Basri, 43, berkata, dia langsung tidak sempat menyediaka­n sebarang kelengkapa­n raya untuk tiga anaknya berikutan terpaksa menghuni PPS.

Katanya, kebiasaann­ya dia membuat persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri termasuk menyediaka­n pakaian dan kuih raya.

“Memandangk­an banjir kali ini berlaku dalam bulan puasa, saya langsung tidak sempat menyediaka­n keperluan berkenaan.

“Barangan dan kelengkapa­n seperti kain untuk dibuat baju raya sekeluarga semua sudah dibeli namun semuanya tidak dapat disiapkan memandangk­an keadaan banjir yang makin buruk dan sudah hari keempat kami empat beranak berada di sini.

“Begitu juga dengan kuih raya yang ditempah adik-beradik dan jiran tidak dapat disiapkan malah saya memutuskan untuk menolak tempahan kerana keadaan banjir ini,” katanya ketika ditemui di PPS itu, semalam.

Zaliza berkata, selain persiapan raya, dia juga bimbang dengan keselamata­n rumahnya di Kampung Matang Tengah, Changkat Lobak.

Seorang lagi mangsa banjir, Ramlah Saad, 68, berkata, sepanjang menjadi mangsa banjir sejak lebih 20 tahun lalu, ini kali pertama pengalaman­nya berada di PPS ketika Ramadan.

Dia mengakui kejadian itu menyebabka­n dirinya terkilan

Katanya, walaupun kegiatan sindiket perjudian haram secara dalam talian sukar dihapuskan sepenuhnya, namun polis akan meneruskan usaha membendung perkara itu daripada terus berleluasa. kerana belum dapat menyediaka­n kuih-muih untuk tujuh anak dan 15 cucunya.

“Kebiasaan banjir di sini berlaku antara Oktober hingga Disember namun kali ini berlaku di luar jangkaan apatah lagi dalam bulan puasa.

“Jika keadaan berterusan, saya dan ahli keluarga terpaksa menerima hakikat jika terpaksa berhari raya di sini atau di rumah dalam keadaan banjir,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Taiping, Norashimah Shafie, 31, berkata, semenjak berpindah lokasi kerja dari Hospital Selayang lapan tahun lalu, ini kejadian pertama banjir dihadapi bersama tiga anaknya.

Katanya, dia sendiri sudah empat hari tidak dapat bekerja namun majikannya sudah sedia maklum masalah dihadapiny­a.

Sehingga jam 3 petang semalam seramai 135 mangsa daripada 35 keluarga dipindahka­n ke dua PPS di sini termasuk di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.

 ??  ?? AHLI Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi (kiri) menyampaik­an vitamin dan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.
AHLI Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi (kiri) menyampaik­an vitamin dan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.
 ??  ?? FADZIL (tengah) diiringi Ahmad Dzaffir (kanan) memusnahka­n barang rampasan dalam majlis pelupusan barang kes IPD Kajang.
FADZIL (tengah) diiringi Ahmad Dzaffir (kanan) memusnahka­n barang rampasan dalam majlis pelupusan barang kes IPD Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia