Harian Metro

Along jual akaun

- Yusmizal Dolah Aling dan Suraya Roslan cnews@nstp.com.my

 Mangsa terpedaya tanggung hutang lebih lama, lebih tinggi

Mangsa pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau along terus merana apabila akaun bayaran mereka dijual kepada sindiket lain, sekali gus terpaksa menanggung beban hutang bagi tempoh lebih panjang dan tinggi daripada daripada jadual pembayaran asal.

Taktik itu digunakan along untuk mengaut untung segera, manakala mangsa pula terus terbeban berikutan rangkaian (along baru) mengambil alih akaun mereka menetapkan kadar baharu.

Mangsa terpaksa menanggung kadar faedah lebih tinggi dengan alasan ia baru diambil alih dan perlu mengikut ketetapan ‘tauke’ baru, termasuk mereka yang bergelar Ayahanda.

Perunding Masalah Ceti Haram (PMCH) Aryati Abdul Razak berkata, taktik itu didedahkan seorang along ketika berurusan dengannya.

Menurutnya, along berkenaan mendakwa bagi setiap kes baru mangsa akan dikenakan caj baru yang mencecah sehingga 20 peratus berbanding bayaran asal.

Sebagai contoh, katanya, seorang peminjam ter paksa membayar sehingga RM45,000 selepas kesnya dikendalik­an along baru, meskipun nilai pinjaman asal cuma RM20,000 sahaja.

Menurutnya, alasan yang diberikan along berkenaan amat mudah iaitu mereka langsung tidak tahu-menahu mengenai rekod bayaran lampau dan perlu membuat kiraan dari awal.

Selain itu ada juga pihak ketiga turut berlagak seperti ceti dan berjumpa dengan peminjam kononnya mahu menyelesai­kan kes namun sebenarnya sudah membeli kes berkenaan daripada along lain dengan harga yang ditetapkan mengikut pinjaman.

“Biasanya kes yang dijual membabitka­n pinjaman dalam jumlah tinggi bermula RM20,000 hingga jutaan ringgit. Itu cara along mendapatka­n semula wang mereka dengan cara mudah dan cepat.

“Kes akan dijual kepada pihak lain apabila peminjam mula bermasalah untuk melunaskan bayaran. Pihak yang membeli itu pula akan kenakan tuntutan yang jauh lebih tinggi untuk mendapat modal. Perkara ini berlaku sejak beberapa tahun kebelakang­an ini,” katanya.

Aryati berkata, dalam kes tertentu, ada pihak mendakwa mereka sebagai Ayahanda membeli kes daripada along dan mengutip wang daripada peminjam menyebabka­n jumlah perlu dibayar meningkat berkali ganda.

Katanya, PMCH turut menerima aduan daripada beberapa peminjam sepanjang tahun lalu yang nendakwa mereka kini membayar pinjaman kepada orang lain, bukan lagi pemberi pinjaman asal.

“Mangsa dipaksa membayar hutang mereka dengan segera, ansuran bulanan dikenakan pula tinggi, akibatnya mereka ini terus dibebani hutang meskipun sudah beberapa tahun melakukan bayaran kepada along asal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia