Harian Metro

Tersepit dengan ‘pinjaman mudah’

-

Kuala Lumpur: Ceti haram atau along dikesan mengambil kesempatan akibat kesempitan hidup peniaga kecil dalam kalangan ibu tunggal dengan memberikan tawaran pinjaman mudah serendah RM1,000.

Mereka menghampir­i mangsa dengan alasan mahu membantu memulihkan dan mengembang­kan lagi perniagaan dengan menyasarka­n ibu tunggal di beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu negara.

Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wahida, 49, berkata, dia dan rakannya setuju untuk meminjam daripada along berkenaan dua tahun lalu selepas perniagaan mereka mula merudum.

“Saya kenal along berkenaan selepas diperkenal­kan oleh rakan dan membuat pinjaman RM1,500. Kerana terdesak saya anggap bayaran balik RM100 sehari dikenakan tidak membebanka­n.

“Jadi untuk sediakan RM100 setiap hari saya berniaga bersungguh-sunggah dari pagi hingga malam, namun mula berasa resah kerana perancanga­n tidak menjadi dan along mula bising,” katanya.

Dakwanya, along berkenaan juga turut membuat kacau di gerainya dengan menterbali­kkan meja makan dan merosakkan peralatan kedai lain selepas dia memberitah­u tidak mampu membayar ansuran harian ditetapkan.

“Lebih memalukan kejadian itu disaksikan beberapa pelanggan sedang makan. Jadi dalam keadaan terdesak saya terpaksa berterus terang kepada pelanggan yang saya gagal bayar hutang along,” katanya.

Wahida berkata, tidak cukup setakat di kedai, along terbabit datang mencarinya di rumah dan mengancam ahli keluarga termasuk anak perempuann­ya.

“Rumah kami pernah di mangga lebih menakutkan along berkenaan mengugut akan ambil anak perempuan saya. Risau anak perempuan dilarikan saya hubungi polis dan along berkenaan kemudian dilarang datang ke kawasan kami lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia