Harian Metro

Pemaju diberi amaran siap segera projek tertangguh

-

Johor Bahru: Pemaju untuk projek menggantik­an jambatan Sungai Plentong di Jalan Masai Lama diberi amaran supaya menyiapkan segera projek berkenaan yang sepatutnya disiapkan Februari lalu sebelum ditangguhk­an sehingga Ogos ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya Liow Cai Tung berkata, projek itu perlu disiapkan segera berikutan terlalu banyak aduan diterima pihaknya membabitka­n keselamata­n pengguna jalan raya berkenaan.

“Isu keselamata­n pengguna jalan raya bagi mana-mana projek yang dijalankan adalah perlu diutamakan.

“Selain isu kelewatan, isu jalan raya yang gelap juga sering diadukan kepada pihak kami kerana ia boleh mengakibat­kan berlakunya kemalangan kepada pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan tapak projek berkenaan, semalam.

Hadir sama ADUN Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Ir Mohamad Salleh Abu Bakar dan Jurutera Daerah JKR Johor Bahru Ir Abu Bakar Abd Aziz.

Menurut Cai Tung, dalam sesi taklimat dan perbincang­an bersama JKR serta wakil pemaju atau kontraktor, Ikatan Harmoni Sdn Bhd, pihak pemaju sudah mengambil maklum akan amaran yang diberikan dan berjanji untuk menyiapkan­nya mengikut tarikh lanjutan iaitu 17 Ogos ini.

Katanya, pihak pemaju juga mengambil maklum mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM5,324 setiap hari sekiranya gagal menyiapkan­nya selepas tarikh berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia