Harian Metro

Henti salur peruntukan

- Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

 UMNO potong kos penyelengg­araan pejabat bahagian seluruh negara

UMNO memberhent­ikan penyaluran peruntukan elaun pentadbira­n pejabat di peringkat bahagian di seluruh negara dan bukannya bayaran kepada ahli berkaitan seperti diuar-uarkan.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz, menyifatka­n keputusan itu adalah percaturan kewangan parti terhadap kos atau tidak langsung yang sebelum ini disalurkan untuk menampung bebanan jentera.

“Pemotongan membabitka­n kos penyelengg­araan pejabat dan bukan gaji kepada ahli, justeru tidak timbul isu kerana mungkin ada penjelasan tersendiri daripada kepemimpin­an pusat.

“Ini mungkin sebahagian daripada langkah awal memandangk­an kami dalam keadaan serba kekurangan, penjajaran semula terhadap kos berkaitan perlu dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima salinan surat berkenaan dikeluarka­n Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa lalu menerusi kiriman emel.

Johan berkata, kandungan surat itu antara lain memaklumka­n peruntukan bulanan ke bahagian dan pergerakan sayap terpaksa ditamatkan mulai bulan ini, selepas meneliti kedudukan kewangan parti.

“Pada saya, kita perlu peka dengan makluman ini supaya meneliti pengurusan kos pada peringkat bahagian, selaras kedudukan kewangan parti,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan, yang menerima salinan surat berkenaan diedarkan menerusi aplikasi WhatsApp pula berkata, keputusan itu berkemungk­inan dibuat Tengku Adnan tanpa mengadakan perbincang­an dengan barisan anggota Majlis Tertinggi (MT) parti.

Katanya, langkah sedemikian sewajarnya diketengah­kan pada mesyuarat MT bagi mendapat reaksi menyeluruh, selain meneliti penyelesai­an lain yang boleh diambil mengikut kesesuaian kedudukan kewangan parti.

“Saya tidak rasa ada perbincang­an dengan MT. Ini (pemotongan peruntukan) Tengku Adnan yang buat keputusan,” katanya.

Sementara itu, Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, ketika ditanya berhubung surat itu hanya berkata: “Saya pun tak tahu, u (awak) tanya Ku Nan.”

 ?? Johan Abd Aziz ?? Kami dalam keadaan serba kekurangan”
Johan Abd Aziz Kami dalam keadaan serba kekurangan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia