Harian Metro

Saranan bubar DUN selesai kemelut

-

Kangar: “Pandangan saya, kita bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehka­n kita mendapat calon yang lebih kemas dan lebih baik”. Itu saranan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sekali gus menyelesai­kan kemelut perlantika­n Menteri Besar negeri ini.

Beliau sekali lagi mengulangi pendiriann­ya bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah jalan terbaik untuk rakyat menentukan siapa yang lebih layak memimpin negeri ini.

“Pada masa yang sama rakyat boleh menilai kembali parti yang dipilih mereka sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-14, selepas beberapa isu yang dibangkitk­an serta didedahkan ketika ini.

“Ini akan memberi peluang untuk membentuk kerajaan yang lebih baik dan kukuh,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ziarah dan Berbuka Puasa bersama masyarakat bukan Islam, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kemelut politik Perlis.

Terbaru Barisan Nasional (BN) Perlis akan menghantar senarai 11 nama calon Menteri Besar Perlis dan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l, minggu hadapan.

Kemelut Menteri Besar Perlis memasuki minggu ketiga semalam, walaupun Datuk Seri Azlan Man sudah menggalas jawatan itu sejak minggu lalu.

Krisis bermula apabila Shahidan menamakan adiknya, Datuk Ismail Kassim yang juga ADUN Tambung Tulang calon Menteri Besar Perlis selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanap­un, pencalonan Ismail tidak mendapat perkenan Tuanku Syed Sirajuddin kerana baginda tidak mahu Menteri Besar Perlis menjadi boneka.

Sembilan ADUN BN memboikot istiadat itu sebagai bantahan terhadap perlantika­n semula Azlan yang berlangsun­g di Istana Arau pada Khamis lalu.

Kejadian itu menimbulka­n murka Tuanku Syed Sirajuddin kerana semua ADUN itu mendapat surat jemputan dari istana dua hari sebelum majlis berlangsun­g.

 ??  ?? MOHD Asri
MOHD Asri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia