Harian Metro

Tajuddin mahu tanding jawatan tertinggi dalam pemilihan

-

Pasir Salak: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan hasrat bertanding antara jawatan tertinggi pada pemilihan parti yang bakal berlangsun­g bulan hadapan.

Beliau berkata, sebagai ahli UMNO selama 42 tahun, dia yakin mampu menyumbang idea dan tenaga sepenuh masa untuk membantu UMNO bangkit semula.

Bagaimanap­un, jawatan tertinggi bakal ditandingi hanya akan diumumkann­ya secara rasmi dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 5.30 petang Ahad ini.

“Saya sanggup terima (jawatan) jika bahagian menganggap saya berkemampu­an menyumbang untuk menguatkan parti.

“Keputusan ini dibuat selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Bahagian Pasir Salak memberi sokongan saya bertanding satu jawatan tertinggi dalam kepemimpin­an dan saya beri komitmen,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat khas UMNO Bahagian Pasir Salak di sini, tengah malam kelmarin.

Tajuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pemilihan parti itu nanti amat penting kerana mereka yang terpilih akan memandu ahli UMNO dan parti supaya kekal relevan.

“Suasana politik dalam UMNO kini berbeza berbanding dahulu sejak mengalami prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila semua jawatan (parti) dipertandi­ngkan.

“Keputusan itu memberikan anggota parti lebih banyak pilihan dalam membuat penilaian yang betul serta menjurus kepada kekuatan parti kelak,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu yakin anggota kini lebih matang membuat penilaian yang betul dalam memilih pemimpin demi untuk memulihkan parti dan akan mengelakka­n berlakunya perpecahan.

“Kekalahan dialami parti kini bukannya kekalahan UMNO dalam membela nasib rakyat dan membangunk­an negara sebaliknya disebabkan permainan politik pihak lawan.

“Kejayaan dilakukan UMNO tiada siapa dapat menandingi­nya, jadi UMNO perlu bangkit semula dengan berani dan bersungguh-sungguh untuk membela nasib bangsa, agama dan negara,” katanya.

Tajuddin yang menjadi ahli UMNO selama 42 tahun bermula daripada akar umbi dan menggalas tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian selama 15 tahun sejak tahun 2004 berharap pengalaman­nya itu akan membantu parti untuk bangun semula.

Jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden UMNO akan dipertandi­ngkan serentak di seluruh negara pada 30 Jun ini sebagaiman­a termaktub dalam peraturan parti itu.

 ??  ?? TAJUDDIN
TAJUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia