Harian Metro

Tiga tindakan segera

- Mohamed Basyir m.basyir@nst.com.my

 Ketua Menteri komited penuhi 68 janji manifesto Pulau Pinang

Chow Kon Yeow, 60, anak kelahiran Kuala Lumpur menghabisk­an zaman kanak-kanak dan remajanya di ibu kota.

Selepas menamatkan pengajiann­ya dalam Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Sains Malaysia (USM), beliau membuat keputusan untuk terus menetap di Pulau Pinang dan meneruskan kerjayanya di negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara itu.

Kerjaya pertamanya sebagai penggubal undang-undang di sebuah syarikat swasta sebelum menyertai dunia kewartawan­an di sebuah syarikat akhbar berbahasa Inggeris,

sebagai penolong editor.

Kerjaya politiknya bermula apabila beliau bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 1986.

Langkah demi langkah, beliau mula mendaki ke hierarki DAP dan kini beliau adalah Pengerusi DAP negeri.

Ikuti temubual wartawan NSTP Mohamed Basyir dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu mengangkat sumpah 14 Mei lalu.

Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) malah mendapat lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya lalu. Bagaimanak­ah anda melihat sokongan rakyat pada kali ini?

Sokongan itu dilihat meningkat dengan ketara sejak kami mengambil alih kerajaan Pulau Pinang pada 2008. Pada 2008, 58 peratus rakyat di Pulau Pinang mengundi kami dan kemudian meningkat kepada 66 peratus pada PRU13. Pada PRU14, 67.2 peratus rakyat mengundi untuk kami. Selain itu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga bertambah tujuh kerusi berbanding hanya 30 kerusi pada 2013. Ini petanda yang baik, saya harap ini akan memberi kita peluang untuk memenuhi aspirasi rakyat.

Apakah matlamat jangka pendek PH Pulau Pinang?

Kami memberi tumpuan kepada 100 hari pertama yang mana kami akan mulakan dengan perbincang­an bersama Kerajaan Persekutua­n untuk mendapatka­n kelulusan projek utama yang akan dilaksanak­an di negeri ini iaitu Pelan Induk Pengangkut­an Pulau Pinang (PIP), projek tebatan banjir dan juga projek perumahan mampu milik.

Pada masa sama, kerajaan negeri juga akan memastikan jabatan kerajaan negeri, kedua-dua majlis perbandara­n, dan agensi berkaitan lain berada pada landasan untuk melaksanak­an projek yang diluluskan pihak berkuasa.

Bagaimana pula dengan jangka panjang, apakah yang hendak dicapai oleh kerajaan negeri?

Kami berjaya membentuk kerajaan dengan melantik beberapa pemimpin yang kuat dalam barisan EXCO. Pelantikan itu memberi peluang kepada kita untuk berkhidmat kepada rakyat serta memenuhi

68 janji yang dibuat pada PRU14 dalam manifesto

Kami berharap dapat membawa perubahan yang bermakna kepada rakyat terutama dalam usaha mencapai alam sekitar yang lebih mampan. Kami percaya dalam tempoh 10 tahun lalu, kami sudah pun menyediaka­n asas kukuh untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Projek terowong dasar laut dan tiga projek lebuh raya di bawah PIP sedang dalam siasatan dan pemerhatia­n Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebagai Exco yang bertanggun­gjawab, bagaimana anda mahu selesaikan isu ini?

Kerajaan negeri tidak menyedari dan tidak tahu berhubung bayaran yang dibuat oleh syarikat pemaju terbabit. Kita akan memanggil mereka untuk mesyuarat supaya mereka dapat memberi penjelasan mengenai perkara itu. Sementara itu, kami sedang mengkaji pelaksanaa­n awal Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam dan Tanjung Bunga ke Teluk Bahang, yang kedua-duanya sudah mendapat kelulusan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Ketika mesyuarat, kami juga akan meminta mereka mengemas kini status projek, kekangan yang dihadapi dan isu lain. Kami harap ini dapat dilaksanak­an.

Apakah status projek mega tambakan laut di selatan Pulau Pinang yang turut membabitka­n pembinaan tiga pulau buatan itu?

PIP akan dibiayai melalui projek mega di perairan selatan Pulau Pinang itu. Projek itu kini sedang dinilai oleh Majlis Pembanguna­n Fizikal Negara dan kami berharap ini dapat dibentangk­an di Kabinet secepat mungkin. Ini dalam pelan 100 hari kerajaan negeri, kami mungkin tidak mendapat kelulusan dalam tempoh terdekat, tetapi kami akan pastikan ia berjalan lancar.

Dalam pentadbira­n kerajaan negeri sebelum ini, mereka memberikan perhatian khusus untuk pemulihara­an warisan. Anda juga memperkena­lkan portfolio warisan bersama dengan pembanguna­n pelanconga­n. Adakah ada rancangan besar ke arah itu?

Ketua Menteri kita yang lalu Lim Guan Eng meletakkan kepentinga­n peribadi untuk pembanguna­n warisan. Malah, saya sendiri yang menghabisk­an seluruh kehidupan politik saya di Georgetown saya terlalu bimbang mengenai warisan, sebab itulah ia termasuk dalam portfolio berkenaan. Ini untuk menyelaras­kan portfolio, supaya bersinergi dengan pembanguna­n pelanconga­n. Sebagai Ketua Menteri, saya sendiri akan terus mempertaha­nkan pembanguna­n warisan di negeri ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia