Harian Metro

Sukar urus diri tanpa anak

- Ahmad Ismail cnews@nstp.com.my

 Ibu tunggal kesempitan wang reda serah zuriat bongsu pada rakan

Seorang ibu tunggal di Taman Tasek, Kampung Jawa, di sini, hanya mampu bergantung harap kepada anak lelakinya untuk menguruska­n diri selepas kaki kirinya dipotong akibat penyakit kencing manis kronik sejak 10 tahun lalu.

Maslina Yusof, 42, berkata, kakinya dipotong selepas 11 bulan melahirkan anak bongsu Mohd Irfan Hanan Abdullah yang kini berusia 12 tahun.

Berikutan itu, dia terpaksa mengharapk­an anak sulungnya, Mohd Nazman Ramzan, 19, untuk menguruska­n dirinya memandangk­an kudratnya terhad.

Lebih menyedihka­n apabila Maslina terpaksa menyerahka­n

Mohd Irfan kepada rakan di Kampung Paya Lebar sejak berusia enam tahun untuk dijaga akibat kesempitan hidup selepas bercerai dengan suami pada 2008.

“Saya tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan termasuk kerja rumah kerana penyakit lelah dan kencing manis.

“Doktor memaklumka­n jantung saya turut bermasalah,” katanya ketika penyampaia­n sumbangan barangan keperluan oleh Pengerusi Pusat Perkembang­an Didik Istimewa Cekal, Doreen Bong Siew Chin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Maslina berkata, Mohd Nazman turut menghidap penyakit kencing manis yang dikesan sejak berusia 15 tahun dan terpaksa mengambil suntikan insulin bermula tahun lalu.

Maslina berkata, dia dan anak mengambil tempahan membuat kuih ros, tetapi ia tidak dapat menampung kehidupan mereka berdua.

Katanya, mereka bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengakui bantuan berkenaan tidak mencukupi kerana terpaksa membayar sewa rumah RM230 sebulan.

Akibat kesempitan wang katanya, bayaran bil utiliti dan sewa rumah kerap tertunggak beberapa kali.

Doreen berkata, beliau mengetahui masalah keluarga itu selepas dimaklumka­n penduduk di kawasan berkenaan sebelum berkunjung ke rumah mereka minggu lalu untuk melihat jenis bantuan diperlukan.

“Hari ini, saya kembali semula untuk menyerahka­n barangan keperluan harian seperti tepung, gula dan minyak selain membantu menyelesai­kan bil utiliti dan sewa rumah yang tertunggak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia