Harian Metro

Muslihat licik ‘Sarjan Wong’

- Mohd Azam Shah Yaacob cnews@nstp.com.my

 Lelaki lebur RM466,000 terpedaya helah sindiket Macau Scam menyamar polis

Bimbang ditangkap kerana dimaklumka­n terbabit kes berkaitan dadah, seorang lelaki lebur RM466,000 apabila ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar anggota polis dikenali sebagai Sarjan Wong.

Mangsa dikenali sebagai Chan, 30-an, pada mulanya dimaklumka­n ada tunggakan hutang daripada syarikat perbankan sebelum bercakap dengan seorang lelaki memperkena­lkan diri sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, ketika bercakap dengan Sarjan Wong, mangsa dimaklumka­n yang maklumat peribadiny­a digunakan sindiket dadah bagi menjalanka­n kegiatan jual beli bahan terlarang itu.

Katanya, mangsa turut diugut yang dia boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, bagi memudahkan polis menyiasat mangsa diminta memindahka­n wang ke akaun lain berikutan dikhuatiri akaun peribadiny­a turut digunakan sindiket bagi menyimpan wang hasil jual beli dadah.

“Kerana takut, mangsa mempercaya­i kata-kata lelaki berkenaan sebelum membuat pindahan wang ke tiga akaun berbeza diberikan sindiket itu.

“Mangsa membuat transaksi pemindahan wang secara berperingk­at pada 16 Mei hingga 21 Mei lalu dengan jumlah keseluruha­nnya RM466,000,” katanya, di sini, semalam.

Muhammad Azlin berkata, pada 21 Mei lalu mangsa dihubungi sekali lagi oleh Sarjan Wong yang memaklumka­n memulangka­n wang berkenaan selepas siasatan selesai pada hari sama.

“Bagaimanap­un, selepas empat jam menunggu dan gagal menghubung­i semula Sarjan Wong, mangsa menyedari ditipu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya,” katanya.

 ??  ?? Kerana takut, mangsa mempercaya­i kata-kata lelaki berkenaan sebelum membuat pindahan wang ke tiga akaun berbeza diberikan sindiket itu.”
Kerana takut, mangsa mempercaya­i kata-kata lelaki berkenaan sebelum membuat pindahan wang ke tiga akaun berbeza diberikan sindiket itu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia