Harian Metro

Jual kambing konsep terbuka

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

Projek Agropolita­n Batu 8 Lepar di sini, mengadakan jualan biri-biri baka dorper secara terbuka setiap bulan untuk memenuhi permintaan penternak dan pembekal ternakan.

Ketua Operasinya, Mohd Fawzi Mohd Redzwan berkata, sebelum ini jualan dibuat secara lelong dengan harga ditetapkan mengikut harga bida tertinggi.

Menurutnya, konsep itu ditukar kepada konsep jualan terbuka dengan permulaan harga RM500 seekor.

“Pengurusan bercadang mengadakan program jualan terbuka setiap bulan dan kami adakan pelbagai aktiviti lain termasuk menjual daging segar dan demonstras­i masakan berasaskan biri-biri.

“Biri-biri golek disediakan bagi memberi peluang kepada pengunjung mencu“Kami ba dan menilai sendiri kelazatann­ya dan penduduk setempat diberi peluang untuk berniaga,” katanya di Program Jualan Terbuka Pertama di Pusat Lelongan Projek Agropolita­n Batu 8 Lepar di sini, semalam.

Hadir sama Pengurus Agropolita­n Batu 8 Lepar, Yusof Aman.

Mohd Fawzi berkata, program itu diadakan dua hari dan mendapat sambutan menggalakk­an apabila menjual lebih 100 biri-biri berusia empat bulan.

Menurutnya, kebanyakan pengunjung ialah penternak di Pekan, Kuantan dan Temerloh membeli dua ke 50 biri-biri dorper untuk menambah jumlah ternakan masing-masing.

sediakan perkhidmat­an memotong bulu biri-biri untuk pastikan ia sentiasa bersih,” katanya yang memberitah­u terdapat kira-kira 7,000 induk jantan dan betina serta 3,000 anak biri-biri.

Sementara itu, Rahimah Harun, 52 berkata, dia membeli 10 biri-biri bagi menambah jumlah ternakanny­a

 100 biri-biri baka dorper disambar penternak di Pusat Agropolita­n Batu 8 Lepar

selepas tertarik dengan tawaran harga berpatutan di jualan terbuka itu.

“Harga RM500 ke RM700 sangat berpatutan dan biri-biri dorper dewasa boleh mencapai berat hingga 70 kilogram (kg) dan permintaan terhadapny­a sangat menggalakk­an,” katanya yang menetap di Kampung Sungai Gau, Temerloh.

 ??  ?? KAKITANGAN Agropolita­n Batu 8 Lepar, Siti Hajar Mohd Nor menunjukka­n kambing biri-biri dorper.
KAKITANGAN Agropolita­n Batu 8 Lepar, Siti Hajar Mohd Nor menunjukka­n kambing biri-biri dorper.
 ??  ?? PENGUNJUNG mengangkat kambing yang dibeli.
PENGUNJUNG mengangkat kambing yang dibeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia