Harian Metro

Kaut rezeki perguna anak

- Mohd Khidir Zakaria news@nstp.com.my

 Wanita Kemboja bawa kanak-kanak minta sedekah raih ratusan ringgit di bazar Ramadan

Berbekalka­n beg pakaian dan seorang kanak-kanak berumur setahun, wanita berusia 30-an dipercayai warga asing meraih kutipan ratusan ringgit hanya beberapa jam mengemis di bazar Ramadan di sini.

Tinjauan mendapati wanita dipercayai warga Kemboja itu aktif menjalanka­n aktiviti meminta sedekah di beberapa lokasi bazar Ramadan di Giant Lukut, Batu 4 dan Taman Politeknik.

Peniaga bazar Ramadan Taman Politeknik yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, 33, berkata wanita itu datang seawal jam empat petang bersama seorang kanak-kanak untuk meminta sedekah berhampira­n gerainya.

Katanya, selama dua atau tiga jam di situ, wanita terbabit mendapat wang sedekah lebih banyak berbanding hasil jualan peniaga.

“Saya ada bertanya wanita itu dan dia mengaku datang dari Kemboja. Apa yang saya nampak ramai memberi wang mungkin kerana kasihankan kanak-kanak itu,” katanya.

Seorang penduduk, Abd Razak Alias, 49, berkata, wanita itu aktif meminta sedekah bersama anak kecil di beberapa lokasi pada hari berbeza dipercayai bagi mengelak perbuatann­ya dikesan pihak berkuasa.

“Saya rasa wanita ini bergerak dengan bantuan sindiket yang aktif sejak awal Ra- madan lagi. Apa yang menghairan­kan bagaimana mereka bebas melakukan perbuatan ini di tempat awam tanpa takut dengan tindakan pihak berkuasa.

“Sebagai rakyat, saya kecewa kerana ia boleh menjatuhka­n maruah negara kepada orang luar tambahan pula Port Dickson dikunjungi pelancong asing.

“Harap pihak berwajib bertindak segera kerana ia mencemarka­n nama baik negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Mohamad Hapil berkata, pihaknya menjalanka­n operasi mengesan pengemis di semua lokasi bazar Ramadan di Port Dickson serentak bersama agensi lain seperti polis dan Jabatan Imigresen petang semalam.

“Kami menyelamat­kan seorang lelaki dewasa kurang upaya dipercayai warga China di bazar Ramadan di Giant Lukut dan diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

“Namun kami tidak menemui wanita warga Kemboja dilaporkan itu. Kami akan terus menjalanka­n operasi membentera­s kegiatan mengemis dari semasa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? WANITA Kemboja membawa anak ketika mengemis di Bazar Ramadan Taman Politeknik, semalam.
WANITA Kemboja membawa anak ketika mengemis di Bazar Ramadan Taman Politeknik, semalam.
 ??  ?? MOHAMAD Hapil
MOHAMAD Hapil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia