Harian Metro

Dua ditahan pecah masuk kedai kek

-

Kepala Batas: Seorang pekerja kedai kek bersama rakannya ditahan polis selepas memecah masuk premis majikannya di Jalan Paya Keladi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, pekerja terbabit dan rakannya yang masing-masing berusia 24 tahun memecah masuk kedai dan melarikan pelbagai jenis barangan mentah membuat kek.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bagaimanap­un tindakan dua suspek itu diperhatik­an dua jiran yang berada berhampira­n premis lalu menghubung­i isteri pemilik kedai.

“Selepas mendapat maklumat, mangsa segera menghubung­i polis.

“Dua suspek ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian di Jalan Bumbung Lima ketika polis mengadakan Op Tutup di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Noorzainy berkata, pemeriksaa­n ke atas kenderaan dinaiki suspek menemukan pelbagai jenis bahan mentah membuat kek yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM6,000.

“Siasatan mendapati seorang daripada suspek adalah pekerja kedai kek berkenaan dan majikannya memaklumka­n tidak mengarahka­n dia mengangkut keluar bahan mentah terbabit serta kejadian berlaku di luar waktu kerja.

“Kegiatan dilakukan suspek juga seolah-olah seperti dirancang berikutan memasuki premis itu dengan mudah melalui pintu belakang yang tidak berkunci tanpa terdapat kesan umpil,” katanya.

Ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah namun kedua-duanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia