Harian Metro

Jururawat layan telefon

- BERNAMA

Jabatan Kesihatan Negeri Johor memandang serius video tular mengenai tindakan seorang jururawat terlatih sedang memberi bantuan pernafasan kepada seorang pesakit sambil melihat telefon bimbit.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Selahuddee­n Abd Aziz berkata, makluman dan siasatan awal pihaknya serta Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, mengesahka­n pesakit dirawat di hospital berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendalam terhadap insiden berkenaan kini sedang dijalankan.

“Pihak kami dan HSA sudah berjumpa dengan waris keluarga bagi mendapatka­n gambaran lebih terperinci dan memberi penjelasan serta berbincang mengenai perkara ini.

“Anggota Jawatankua­sa Penyiasata­n yang terdiri daripada pakar dan penyelia jururawat HSA dan pihak jatabatan kesihatan sudah memulakan siasatan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook, semalam.

Dr Selahuddee­n berkata, pihak HSA sememangny­a mempunyai tatacara pengendali­an pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan

 Jabatan kesihatan Johor, HSA tunggu siasatan selesai

sambil menunggu untuk dihantar ke Unit Rawatan rapi (ICU) dan pihaknya memandang serius terhadap kakitangan yang tidak mematuhi ketetapan terbabit.

Beliau berkata, jika terdapat unsur kecuaian hasil daripada penyiasata­n itu, kakitangan yang terbabit akan dikenakan tindakan tegas.

 ??  ?? JURURAWAT dalam rakaman video memberi bantuan pernafasan sambil melihat telefon bimbit.
JURURAWAT dalam rakaman video memberi bantuan pernafasan sambil melihat telefon bimbit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia