Harian Metro

Pemandu lori pukul lelaki dijel 6 bulan

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

Petaling Jaya: Seorang pemandu lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret semalam, atas dua pertuduhan memukul seorang lelaki menggunaka­n topi keledar, selain mengugut bunuh teman wanita mangsa, awal tahun ini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu selepas S Sasikumar, 34, menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu disebut semula.

Bagi kesalahan memukul, tertuduh dipenjara enam bulan, manakala bagi kesalahan mengugut bunuh, Sasikumar turut dipenjara tempoh sama.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkapan 8 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dengan sengaja mencederak­an K Vimithulai Nathan, 22, dengan memukul menggunaka­n topi keledar sehingga menyebabka­n kecederaan di bahagian telinga.

Bapa lima anak itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Seorang pegawai sains memberitah­u Mahkamah Tinggi, empat daripada tujuh sampel bahan bukti yang diambil dari lokasi kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, September tahun lalu, dikesan terdapat cecair petrol.

Saksi pendakwaan ketiga, Yusnita Osman, 38, yang bertugas di Makmal Penyiasata­n Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Lumpur berkata, beliau menjalanka­n ujian pengesahan menggunaka­n gas

pada setiap satu sampel yang mengandung­i bahan seperti sisa kebakaran, simen dinding dan bahan di dalam dinding.

“Saya menerima tujuh kotak sampel yang masing-masing ditandakan dan berpelekat keselamata­n bahan bukti Jabatan Bomba dan Penyelamat daripada Penguasa Kanan Bomba, Ashari Johari pada jam 5 petang, 14 September 2017.

“Saya memeriksa kotak yang bertanda A, B, C, D, E, I dan J yang mana di dalamnya terdapat masing-masing satu beg nylon yang diikat dengan tali kabel.

“Hasil analisis mendapati kesan cecair mudah menyala jenis petrol dikesan pada sampel A, B, D dan J. Tiada kesan cecair mudah menyala dikesan pada sampel bertanda C dan I.

“Pada Sampel E pula, saya

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa keluar bahan bukti kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
ANGGOTA bomba membawa keluar bahan bukti kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia