Harian Metro

4 kotak lekat sisa petrol

-

 Ujian pengesahan menggunaka­n GCMS pada setiap satu mengandung­i bahan sisa kebakaran

dapati terdapat bahan jenis

katanya pada perbicaraa­n kes dua remaja yang didakwa atas pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat antara jam 4.15 hingga 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Ashari, 37, yang bertugas di Bahagian Penyiasata­n Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, ketika menjalanka­n siasatan di tempat kejadian, beliau menemui dua tong gas di hadapan pintu masuk bilik asrama di tingkat dua ba- ngunan berkenaan.

“Masa saya naik ke tingkat atas, saya nampak dua tong gas di hadapan pintu masuk asrama dengan satu daripadany­a dalam keadaan terbaring,” katanya.

Saksi pendakwaan keempat itu berkata, kedua-dua tong gas itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 2 Julai depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia