Harian Metro

Dijel 30 tahun

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali cnews@nstp.com.my

 Perogol adik tiri dihukum penjara, sebatan

Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman penjara selama 30 tahun dan dikenakan 24 sebatan terhadap seorang nelayan yang mengaku bersalah merogol adik tirinya berusia 12 tahun 10 bulan pada Januari hingga 15 Mei lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin mengenakan hukuman itu kepada tertuduh yang berusia 22 tahun, selepas mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a.

Bagi enam pertuduhan itu, tertuduh dikenakan hukuman penjara masing-masing 15 tahun dan 10 sebatan.

Bagaimanap­un, mahkamah mengarahka­n hukuman penjara berjalan serentak bagi pertuduhan pertama hingga ketiga iaitu 15 tahun dan hukuman terhadap tuduhan keempat hingga keenam selama 15 tahun juga dijalankan serentak.

Bagaimanap­un, pelaksanaa­n hukuman 15 tahun bagi tuduhan satu hingga tiga itu dijalankan berasingan dengan tuduhan keempat hingga keenam.

Namun hukuman sebatan terhadap tertuduh dikurangka­n berikutan Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah memperuntu­kkan seseorang pesalah hanya boleh disebat maksimum 24 sebatan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol adik tirinya di Kampung Pachakan Cherang Ruku, Pasir Puteh antara jam 6 pagi hingga 9 malam, antara Januari hingga 15 Mei lalu.

Mengikut fakta kes, mangsa dirogol abang tirinya sebanyak enam kali ketika tiada orang di rumah.

Pada awalnya, mangsa tidak memberitah­u kejadian rogol itu tetapi kerana tidak tahan menanggung kesakitan menyebabka­n remaja itu memaklumka­n kepada ibunya yang kemudian menyuruh anaknya membuat laporan polis.

Susulan itu, tertuduh ditahan pada 16 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang sabit setiap kesalahan boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun serta 10 sebatan. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah memberi hukuman ringan kerana dia sudah insaf di atas kesalahan itu.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias memohon hukuman berat kerana kesalahan dilakukan jijik dan tertuduh sepatutnya melindungi adik tirinya itu.

 ??  ?? NELAYAN dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 24 sebatan.
NELAYAN dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 24 sebatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia