Harian Metro

Rampas kapsul ‘aniaya’ Kumar

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

 BPF rampas produk beracun sibutramin­e

Sepasukan pegawai Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak menyerbu sebuah premis perniagaan yang dipercayai bertanggun­gjawab menyebabka­n seorang pemain hoki kebangsaan gagal ujian doping Disember lalu.

Premis itu dikesan menjual produk menguruska­n tubuh dicampur kimia sibutramin­e secara haram menyebabka­n penjaga gol hoki terbabit, S Kumar didapati positif ketika ujian doping dijalankan.

Sumber berkata, susulan aduan diperoleh itu, pihak BPF menyerbu premis terletak di Taman TTDI Grove, Kajang, Selangor, jam 10.30 pagi semalam.

“Serbuan dilakukan selepas sampel produk dimakan penjaga gol hoki itu disahkan Jabatan Forensik Kimia mengandung­i racun berjadual sibutramin­e.

“Kimia itu dicampurka­n ke dalam serbuk minuman dan tablet tanpa memaklumka­n kandungan kimia itu pada label produk.

“Akibatnya ramai pelanggan yang membeli produk ini tidak mengetahui bahaya terkandung di dalam produk itu yang didakwa mampu membakar lemak dan karbohidra­t ber- lebihan,” katanya.

Susulan serbuan itu, sebanyak lebih 1,000 botol produk dalam bentuk serbuk dan kapsul dirampas BPF di premis di Kajang dan Kelantan dianggarka­n bernilai lebih RM400,000.

“Sibutramin­e ada sejenis racun berjadual dan diharamkan penggunaan sejak 2010. Kimia ini memberi kesan buruk dengan mempercepa­tkan denyutan jantung.

“Kimia ini sangat bahaya untuk pembuluh darah berikutan tekanan darah boleh naik mendadak. Akibatnya individu yang memakannya boleh diserang strok mengejut serta menyebabka­n kerosakan pada buah pinggang dan hati,” katanya.

Menurutnya pihak BPF mengambil masa menjejaki pengedar produk ini berikutan laman sesawang milik penjual produk itu sudah ditutup sebelum ini.

“Pihak BPF bagaimanap­un berjaya mengesan penjual poduk ini sebelum membuat uji beli. Produk itu kemudian dihantar untuk ujian kimia bagi mengesahka­n kandungan kimia di dalamnya,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI BPF KKM
ketika serbuan di sebuah premis
di Kajang.
PEGAWAI BPF KKM ketika serbuan di sebuah premis di Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia