Harian Metro

Kaji semula

- Nurul Amanina Suhaini cnews@nstp.com.my

 Penduduk bantah Projek Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong

Projek Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong di Parit Sulong, Batu Pahat akan dikaji semula bagi mencari penyelesai­an terbaik, sekali gus memberi impak positif kepada penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri Tan Hong Pin berkata, kerajaan negeri di peringkat awal memerlukan konsultasi yang lebih kerap membabitka­n ramai orang terutama pihak berkepenti­ngan seperti penduduk setempat sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurutnya, kajian semula perlu dijalankan bagi melihat adakah isu itu akan menyebabka­n impak yang dibimbangi penduduk selain meneliti tapak lain yang lebih sesuai dan keperluan mengkaji balik status atau perjanjian di antara syarikat konsesi dengan kerajaan negeri terdahulu.

“Di peringkat awal, saya sendiri akan berjumpa dengan Majlis Perbandara­n Batu Pahat (MPBP) bagi mendapatka­n pandangan mengenai tapak berkenaan termasuk tapak alternatif lain yang lebih sesuai.

“Sementara itu, bantuan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) itu perlu supaya menasihatk­an kontraktor ini menangguhk­an kerja untuk sementara waktu.

“Sekarang ini, lawatan kerja memerlukan lebih masa untuk meneliti perkara ini, sebab yang penting kita kena pastikan impak kepada penduduk itu dapat dikurangka­n sehingga ke tahap minima,” katanya pada sidang media di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini, semalam.

Terdahulu, wakil penduduk dari Bukit Payong, Batu Pahat menghantar memorandum berkaitan isu pusat pelupusan berkenaan yang mendakwa pembinaan tapak pelupusan sampah akan menyebabka­n masalah pencemaran alam sekitar dan menjejaska­n pendapatan penduduk.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Selamatkan Bukit Payong, Abu Bakar Azmi mendakwa, pihaknya membantah sejak 10 tahun lalu bagi memastikan pihak berwajib menyekat sementara projek pelupusan sampah yang menjejaska­n kira-kira 18 kampung di sekitarnya.

“Kami yakin kalau projek sampah ini dibuat, Batu Pahat akan ada masalah pengeluara­n hasil tanaman seperti sayuran kerana 70 peratus adalah hasil yang datang daripada pekerjaan utama penduduk termasuk kerja kilang, ladang sawit, pekebun tanaman sayuran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia