Harian Metro

Lulus 1 minit

- Sri Ayu Kartika Amri cnews@nstp.com.my

 CIMB tawar pembiayaan kenderaan terpantas

CIMB Bank Berhad, memperkena­lkan Pembiayaan Auto 1 Minit InstaAppro­val CIMB, platform digital yang meluluskan pembiayaan kenderaan dalam tempoh hanya seminit.

Pembiayaan Auto 1 Minit ini siri terbaru daripada InstaAppro­val CIMB selepas pengenalan Pembiayaan Kediaman 1 Minit CIMB pada Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelanggan Kumpulanny­a, Samir Gupta berkata, Pembiayaan Auto 1 Minit InstaAppro­val CIMB ini terbuka untuk semua jenis kereta sama ada baru atau terpakai.

Katanya, kelulusan itu didatangka­n dengan surat pengambila­lihan dan notifikasi SMS serta e-mel ke pelanggan dan pengedar selepas menghantar maklumat dan dokumen lengkap.

“Buat masa ini platform InstaAppro­val CIMB adalah terpantas di pasaran dan ia tidak hanya menunjukka­n komitmen kami dalam inovasi digital melalui Strategi T18, malah sebagai tanda aras penambahba­ikan pengalaman pelanggan.

“Pembiayaan Auto 1 Minit InstaAppro­val CIMB boleh didapati di bilik pameran pengedar terpilih dan setakat ini tujuh pengedar rasmi yang mengambil bahagian dan kami sedia menambah bilangan itu dari masa ke masa,” katanya pada majlis pelancaran Pembiayaan Auto 1 Minit InstaAppro­val CIMB di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Antara pengedar yang mengambil bahagian adalah Cycle & Carriage Bintang Berhad, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd, Ingress Auto Malaysia Sdn Bhd, Perodua Sales Sdn Bhd, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd dan UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Samir berkata, InstaAppro­val CIMB adalah janji kumpulan untuk menawarkan pelanggan bukan saja perkhidmat­an dan produk kewangan terbaik, tetapi kepantasan dalam penerimaan.

 ??  ?? TENGKU Zafrul (tengah) pada majlis pelancaran Pembiayaan Auto 1 Minit CIMB, semalam.
TENGKU Zafrul (tengah) pada majlis pelancaran Pembiayaan Auto 1 Minit CIMB, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia