Harian Metro

‘Perang’ harga kereta

 GST berkadar sifar dorong pengeluar kereta buat promosi

- Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

Perang harga antara pengeluar kenderaan secara rasminya bermula hari ini di mana pelanggan kini menjadi ‘raja’ untuk memilih model dan jenama yang diingini.

Sejak pengumuman pelaksanaa­n cukai barang dan perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar bermula hari ini, pengeluar kenderaan berlumba-lumba mengumumka­n harga baru selain memberi nilai tambah menerusi diskaun musim perayaan.

Meskipun, ia bersifat sementara kerana kadar sifar GST akan berakhir menjelang September dengan cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) diperkenal­kan semula, namun tawaran harga bersama diskaun musim perayaan mencecah RM40,000 bagi sesetengah model harus diberikan perhatian.

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia menjadi pengeluar yang menawarkan ganjaran tertinggi apabila rebat GST dan inisiatif ditawarkan mencecah RM40,000 untuk model Fluence manakala Koleos 2WD (jimat RM24,312) dan Koleos 4WD (RM19,112), selain beberapa model dan varian lain dengan penjimatan hingga

RM19,001.

Bagi Proton, pengeluar automotif negara menawarkan rebat GST dan promosi raya lebih 20 peratus mencecah RM15,148 dan RM15,172 bagi model Suprima S 1.6 CVT Premium Solid dan 1.6 CVT Premium Metallic.

Bagi model Saga baru, pelanggan menikmati penjimatan dari RM3,874 hingga RM4,477 manakala Persona pula jimat dari RM4,958 hingga RM5,786 dan Iriz dengan penjimatan RM4,293 hingga RM5,071.

Bagi Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), dua model utamanya iaitu Nissan X-Trail dan Navara menawarkan penjimatan masing-masing hingga RM19,419.99 dan RM19,770.92.

Kombo penjimatan iaitu sifar GST dan ganjaran duit raya ditawarkan ETCM melebihi RM10,000 bagi semua model yang ditawarkan.

Bagi Isuzu Malaysia, dua model utamanya D-Max dan mu-X, ia menawarkan penjimatan GST sifar hingga RM10,291.12.

Honda Malaysia tidak ketinggala­n menawarkan penjimatan apabila model pemasangan tempatan (CKD) mengalami penurunan harga hingga RM9,573 manakala model import sepenuhnya kurang hingga RM18,072.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, apa yang ditawarkan pengeluar kenderaan, baik tempatan ataupun asing seharusnya direbut rakyat Malaysia yang mahu menukar kenderaan baru.

 ??  ?? AISHAH
AISHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia