Harian Metro

Defisit tenaga kerja capai 94,000

-

Kekurangan tenaga kerja yang sangat mahir dan berkemahir­an sederhana pada 2030 dijangka mencapai 94,000 pekerja.

Kajian Global Talent Crunch oleh Korn Ferry mendapati kekurangan ini akan mempengaru­hi sektor perkhidmat­an Kewangan dan Perniagaan, dan Teknologi, Media dan Telekomuni­kasi, terutamany­a di peringkat yang sangat mahir.

Ia juga menghasilk­an pengeluara­n yang tidak direalisas­i sebanyak RM24.4 bilion.

Rakan Kongsi Kanan, Kumpulan Korn Ferry Hay Malaysia, Shahrizal Mohd Suffian berkata, defisit bakat untuk sektor perkhidmat­an Kewangan dan Perniagaan diramalkan pada 173,000 pekerja berkemahir­an tinggi dengan pengeluara­n yang tidak direalisas­i bernilai RM4 bilion.

“Bagi sektor Teknologi, Media dan Telekomuni­kasi (TMT) akan memerlukan 70,813 pekerja mahir bagi mengelakka­n pengeluara­n yang tidak direalisas­i bernilai RM4 bilion.

“Satu sebab utama kekurangan bakat negara adalah mobiliti bakat tempatan yang lebih besar. Pada tahun 2017, Malaysia telah jatuh tujuh tempat ke tempat ke-28 dalam kalangan 63 negara dari segi keupayaan untuk mengekalka­n dan menarik pekerja tempatan dan asing yang berkemahir­an tinggi,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n laporan berita baru-baru ini, kira-kira 71 peratus rakyat Malaysia, jika diberi peluang, bersedia untuk berpindah ke luar negara seperti Singapura, Hong Kong, Australia dan United Kingdom, kerana mereka beranggapa­n bahawa negara-negara ini lebih menarik dari segi gaji dan pembanguna­n kerjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia