Harian Metro

70 SAJIAN CEF RAJA

- Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@bh.com.my

 Pengunjung boleh nikmati iftar suasana ala kampung di CCEC

Juadah ala kampung sentiasa menjadi daya penarik kepada sesiapa saja terutama dihidangka­n untuk sajian berbuka puasa.

Di Pusat Persidanga­n &

Acara Connexion (CCEC), pengunjung boleh menikmati hidangan tradisiona­l yang pasti menambat hati.

Bermula 17 Mei sehingga 13 Jun, CCEC menampilka­n hidangan gabungan inspirasi masakan tradisiona­l Asia Tenggara, moden dan tempatan.

Dengan lebih 70 hidangan dan 10 warung, semua sajian ini diketuai jurumasak masakan Melayu, Cef Raja Romzi.

Bakal menjadi pembuka selera selepas seharian menahan diri dari lapar adalah masakan seperti kerabu daging bakar serai, kakap merah banyuwangi dan selada udang karang gohu.

Bagi pengunjung yang gemar dengan masakan kampung klasik dari Indonesia, juadah seperti kekapis dan isi kupang masak sambal, daging kerutub, ikan bakar ala Bakesem, perut goreng bersama kacang botor dan ikan pindang masak tempoyak boleh dijadikan pilihan.

Pengunjung juga boleh menikmati pencuci mulut seperti pengat durian, tapai pulut, bubur candil, jaja injin dan pistachio baklava.

Dengan hanya RM110+, pengunjung boleh menikmai hidangan bufet di CCEC sepanjang Ramadan ini.

Selain menyediaka­n pakej berbuka, CCEC juga menawarkan pakej bankuet rumah terbuka bermula 20 Jun hingga 13 Julai pada harga RM100+ seorang untuk kumpulan 50 orang ke atas.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut boleh e-mel kepada connexion.cec@uoahospita­lity. com.my atau hubungi 03-23869188.

 ??  ?? LEBIH 70 hidangan dan 10 warung disediakan.
LEBIH 70 hidangan dan 10 warung disediakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia