Harian Metro

Optimis beri tumpuan kepada pengundera­itan, pelanggan

-

MNRB Holdings Berhad akan terus optimis dengan memberi tumpuan kepada pengundera­itan dan fokus kepada keutamaan pelanggan menjelang tahun kewangan 2019.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Din Merican berkata, dua anak syarikatny­a Malaysian Reinsuranc­e Bhd

(Malaysian Re) dan Takaful Ikhlas Bhd (Takaful Ikhlas) mempunyai strategi tersendiri dalam mencapai sasaran ditetapkan.

“Tahun lalu, Malaysian Re melancarka­n Transforma­si Perniagaan 2020 (T20) akan meningkatk­an tawaran nilai kepada pelanggan melalui produk dan perkhidmat­an inovatif yang dibangunka­n bakat dalaman serta kerjasama strategik.

“Manakala, Takaful Ikhlas akan mengembang­kan perniagaan­nya melalui pengukuhan Program Transforma­si Agensi (ATP) dan platform digital,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018, MNRB mencatatka­n peningkata­n 93 peratus keuntungan bersih kepada RM136.79 juta berbanding RM71.17 juta dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Keputusan lebih baik itu susulan daripada prestasi meningkat daripada Malaysian Re dan Takaful Ikhlas.

Bagaimanap­un, perolehan merosot kepada RM2.47 bilion berbanding RM2.53 bilion, sebelum ini.

Bahagian takaful semula Malaysian Re (MRRD), berjaya mencatatka­n jumlah perniagaan lebih tinggi dalam tempoh berkenaan dengan peningkata­n sumbangan sebanyak 51 peratus kepada RM30 juta berbanding RM8 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia