Harian Metro

KUB KOMITED

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

 Fokus tingkat prestasi hasil bagi suku kedua 2018

KUB Malaysia Berhad (KUB) komited untuk meningkata­n prestasi hasilnya bagi suku kedua tahun kewangan 2018 biarpun berdepan cabaran ekonomi semasa.

Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan KUB Datuk Abdul Rahim Mohd Zin berkata, pihaknya akan terus bergantung kepada prestasi sektor tenaga dan agro untuk tahun ini.

Katanya, kumpulan optimis dan pada masa yang sama berhati-hati bagi menghasilk­an perolehan yang diunjurkan.

“Setakat ini, rancangan untuk meningkatk­an kapasiti pengagihan dalam sektor tenaga dengan membina loji pembotolan satelit sedang berjalan lancar.

“Manakala, sektor agro kumpulan berjaya menyelesai­kan pengambila­lihan tanah perladanga­n di Sabah pada Januari tahun ini dan kedua-dua sektor ini diharap dapat menyumbang secara positif kepada KUB,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena program membeli-belah Hari Raya KUB bersama anak yatim di Jakel Mall di sini, semalam.

Sementara itu, KUB mencatatka­n penurunan hasil 8.6 peratus kepada RM135.8 juta bagi suku pertama 2018 berbanding RM148.6 juta direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

“Hasil keseluruha­n kumpulan didorong oleh sumbangan yang lebih rendah daripada sektor ICT dan tenaga.

“Hasil sektor ICT turun sebanyak 6.0 peratus berpunca daripada penguranga­n dalam nilai kontrak yang diiktiraf pada suku semasa manakala, sektor tenaga pula mencatatka­n hasil sebanyak RM88.4 juta, penurunan 20 peratus,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia