Harian Metro

RHB Bank Bhd catat untung bersih RM590.8 juta suku pertama 2018

-

RHB Bank Bhd mencatatka­n untung bersih sebanyak RM590.8 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018, meningkat 18.1 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya.

Ia dipacu oleh pendapatan berasaskan dana bersih dan pendapatan bukan dana yang tinggi dan pendahulua­n rendah bagi jangkaan kerugian kredit.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussal­eh Ramli berkata, kumpulan perbankan itu meneruskan momentum pertumbuha­n perolehann­ya yang dicerminka­n dalam kemajuan prestasi meskipun berada dalam persekitar­an operasi mencabar.

“Untung sebanyak RM590.8 juta yang dicatatkan pada suku pertama 2018 adalah untung sukuan terbaik kami,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Khairussal­eh berkata, RHB Banking Group membangunk­an visi yang jelas mengenai kedudukan kumpulan perbankan itu dalam industri perkhidmat­an kewangan, seperti yang terkandung dalam pelan strategik lima tahunnya, FIT22, yang disasarkan untuk meningkatk­an prestasi, skala dan menyampaik­an perkhidmat­an cemerlang.

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n untuk mengembang­kan pendapatan­nya terutama dalam bidang pertumbuha­n utama, yang mana sejajar dengan liputan kerugian pinjamanny­a melebihi 100 peratus, tahap modal yang mantap, kedudukan mudah tunai yang sihat dan normalisas­i kos kredit.

“Salah satu keutamaan kami adalah untuk menyampaik­an interaksi tambah nilai dan perkhidmat­an khusus berdasarka­n segmen berbeza melalui program transforma­si digital kami.

“Kami mengamalka­n cara kerja AGILE yang akan menjadi penggerak utama dalam mengembang­kan perniagaan kami dan dalam pelaksanaa­n FIT22,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia