Harian Metro

Pasaran saham tempatan kekal positif

-

Kuala Lumpur: Situasi pasaran saham tempatan untuk tempoh jangka sederhana hingga panjang akan kekal menggalakk­an meskipun pasaran mungkin turun dan berubah menjadi tidak menentu dalam tempoh jangka masa terdekat ekoran keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara Berhad (PMB) Datuk Nazim Rahman berkata, prestasi positif pasaran dalam tempoh masa itu disokong melalui peningkata­n pertumbuha­n dan pendapatan global.

Menurutnya, sebarang kelemahan pasaran yang signifikan harus diambil sebagai peluang untuk menjamin pelaburan berterusan di pasaran dengan Malaysia kini sudah dianggap sebagai ‘baru’.

“Kami menjangkak­an peluang yang lebih besar bagi saham modal sederhana dan kecil dengan beberapa harga saham jatuh dengan agak ketara dalam beberapa minggu lalu meskipun tiada perubahan boleh dilihat dalam asasnya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Indeks utama pasaran saham tempatan, KLCI meningkat kepada 1,854.50 mata pada 18 Mei 2018 daripada paras 1,846.51 pada 8 Mei 2018 meskipun keputusan PRU14 bercanggah dengan jangkaan awal kebanyakan institut penyelidik­an.

Bagaimanap­un, KLCI mula melemah dan turun kepada 1,797.40 pada 25 Mei 2018 terutama selepas kerajaan mengumumka­n bahawa hutang negara melebihi RM1 trilion atau 80.3 peratus daripada KDNK.

Beliau berkata, pihaknya tetap cenderung kepada sektor minyak dan gas meskipun perubahan landskap operasi mungkin berlaku.

“Sektor pengguna boleh menjadi pemenang terbesar dengan lebih banyak wang kini di tangan pengguna, manakala sektor pembinaan kini sedang dinilai berdasarka­n kesan negatif yang besar dari pelan fiskal kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru di sektor ini,” katanya.

Nazim berkata, pihaknya yakin dengan fakta asas ekonomi negara kekal kukuh dan sentimen akhirnya akan pulih untuk mencermink­an keadaan terbabit.

 ?? Nazim Rahman ?? Sektor pengguna boleh menjadi pemenang terbesar dengan lebih banyak wang kini di tangan pengguna, manakala sektor pembinaan kini sedang dinilai”
Nazim Rahman Sektor pengguna boleh menjadi pemenang terbesar dengan lebih banyak wang kini di tangan pengguna, manakala sektor pembinaan kini sedang dinilai”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia