Harian Metro

Henti bangun projek TOD

 Pembatalan projek HSR mungkin beri impak besar kepada UEM Sunrise dalam jangka masa panjang

- Alzahrin Alias zahrin@nstp.com.my

Pembatalan projek berimpak tinggi Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) oleh kerajaan tidak memberi kesan besar kepada plot Pembanguna­n Berasaskan Transit (TOD) Gerbang Nusajaya oleh UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Aji berkata, dalam jangka masa sederhana, syarikat tidak menghadapi sebarang masalah, namun tidak menolak kemungkina­n ia bakal memberi impak besar kepada syarikat dalam jangka masa panjang.

“Buat masa ini, selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai pembatalan projek HSR, UEM Sunrise juga menghentik­an seketika pembanguna­n TOD dan stesen HSR yang dirancang.

“Untuk jangka masa sederhana, ia tidak memberi impak besar kerana mengikut perancanga­n, projek HSR dijangka siap pada 2026, manakala projek TOD pula bakal disiapkan dalam tiga empat tahun akan datang.

“Namun, syarikat melihat kembali pembanguna­n ini dan jika bukan untuk projek HSR, kami tumpu kepada pembanguna­n berkaitan yang lain. Masih banyak potensi untuk dibangunka­n,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) UEM Sunrise di sini, semalam.

UEM Sunrise merancang pembanguna­n TOD berkeluasa­n 300 ekar (121 hektar) dengan 70 ekar (28 hektar) bagi pembinaan stesen HSR Iskandar Puteri yang pada mulanya dilihat dapat membuka potensi Gerbang Nusajaya melalui kerjasama dengan pemegang kepentinga­n strategik lain.

Gerbang Nusajaya adalah fasa kedua pembanguna­n Iskandar Puteri merangkumi pembanguna­n bercampur seluas 4,551 ekar (1,841 hektar) yang bakal siap dibangunka­n dalam tempoh lebih 25 tahun. UEM Sunrise baru-baru ini juga memulakan perancanga­n terperinci serta mengemukak­an (pembanguna­n) TOD di stesen HSR Iskandar Puteri dengan melantik Atkins iaitu ahli kepada SNC-Lavalin Group bagi perancanga­n induk reka bentuk.

Anwar berkata, projek pembanguna­n bercampur di Gerbang Nusajaya juga tidak terjejas dengan pembatalan ini, kerana kedudukann­ya yang strategik, terletak hanya lima minit perjalanan dengan kereta dari Link Kedua Tuas itu akan tetap menjadi pilihan pelabur.

Beliau berkata, tarikan lain di Iskandar Puteri juga turut memberi impak positif kepada pembanguna­n di Gerbang Nusajaya, sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan kepada projek HSR.

“Kedudukann­ya yang berdekatan dengan Link Kedua itu juga membuka peluang kepada pembanguna­n di situ terus berkembang. Masih banyak lagi projek pembanguna­n akan dilaksanak­an di sana,” katanya.

 ??  ?? PENGERUSI UEM Sunrise, Tan Sri Zamzamzair­ani Mohd Isa (tengah) bersama Anwar (kanan) dan Ketua Pegawai Kewangan UEM Sunrise Mohamed Rastam Shahrom melihat buku laporan tahunan pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang ke-10 UEM di Persada...
PENGERUSI UEM Sunrise, Tan Sri Zamzamzair­ani Mohd Isa (tengah) bersama Anwar (kanan) dan Ketua Pegawai Kewangan UEM Sunrise Mohamed Rastam Shahrom melihat buku laporan tahunan pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang ke-10 UEM di Persada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia